Peranan wanita dalam agama

Moderators: Shana, Malaysian Moderator

Post Reply
User avatar
Myoneishq
Posts: 146
Joined: Sun Nov 28, 2021 1:06 pm

Salam alaykum wr wb wahai Bapa tercinta Imam Ahmed Al Hassan (a.s.), Aba Alsadiq (a.s.), dan para mahdi (a.s.),

Soalan: Benarkah hanya lelaki yang diutus sebagai nabi dan rasul. Dan jika ya, mengapa?

Terima kasih di atas peluang untuk bertanya soalan ini.

http://black-banners.com/forum/viewtopi ... 2268#p2268

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Dan Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam,
Dan semoga Dia swt melimpahkan Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi,

Jawapan:
Semua pintu terbuka bagi golongan lelaki dan wanita. Dan terdapat ramai wanita yang mencapai darjat yang sangat tinggi. Ada wanita yang mencapai darjat menjadi salah seorang wanita maksum iaitu Zainab (a.s.) Terdapat wanita yang mencapai tahap kenabian iaitu Maryam (a.s.) yang mampu berbicara dengan malaikat dan menerima wahyu. Terdapat ramai wanita yang lebih baik daripada kebanyakan lelaki, bahkan lebih baik daripada kebanyakan nabi dan rasul iaitu Fatimah Al Zahra (a.s.). Tetapi benar bahawa hanya lelaki yang dilantik oleh Allah sebagai Nabi dan Rasul yang akan berhadapan dengan orang ramai secara terbuka. Terdapat banyak sebab untuk ini, salah satunya adalah kebanyakan manusia sejak Adam (a.s.) dan sehingga kini tidak dapat menerima nabi atau rasul dari golongan wanita.

Aba Al Sadiq (a.s.)
Post Reply

Return to “Soal Jawab Bersama Imam”