Dunia yang tidak adil

Moderators: Shana, Malaysian Moderator

Post Reply
User avatar
Myoneishq
Posts: 146
Joined: Sun Nov 28, 2021 1:06 pm

Salam aleykum wr wb Bapa a.s. yang tercinta

Inilah soalan saya.
Saya selalu berfikir bahawa jika dunia ini kelihatan tidak adil, ia kerana:

1. Manusia telah menyalahgunakan kehendak bebas mereka yang seharusnya patuh kepada Tuhan sebaliknya mereka berpaling kepada syaitan atau keegoan mereka dengan mementingkan diri sendiri dan mengakibatkan dunia menjadi egois dan tidak adil yang dikuasai pula oleh para thoghut yang mementingkan diri sendiri dan zalim. Sikap berdiam diri dan kelekaan kita menjadikan dunia ini sedemikian.

2. Di samping itu, apa yang saya fahami bahawa karma adalah suatu bentuk keadilan di alam dunia ini ditambah pula dengan reinkarnasi dan bahawa sesungguhnya tiada kezaliman di dalam berbagai jenis penyakit, kecacatan semasa lahir, atau keadaan hidup dari satu orang dengan yang lain atau satu bangsa dengan bangsa yang lain, kerana ianya menurut karma masing-masing. Karma persendirian, karma berkelompok dll.

Sejauh manakah ianya benar? dan betapa tidak adilnya dunia ini kerana penciptanya adalah Iblis?
Soalan lain ialah.. adakah karma dan reinkarnasi merupakan hukum Tuhan atau hukum Iblis?

Terima kasih yang tidak terhingga

http://black-banners.com/forum/viewtopi ... 1932#p1932

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Dan Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam,
Dan semoga Dia swt melimpahkan Selawat dan Salam ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, para Imam dan para Mahdi,

Jawapan:
Karma dan reinkarnasi bukanlah berasal dari dunia fizikal ini dan bukanlah dua objek material, sebaliknya ia adalah hukum dan proses spiritual. Ia adalah daripada Tuhan dan merupakan cara Tuhan untuk memelihara ketenteraman dan keadilan. Adapun dunia, manusialah yang menjadikan ianya sebuah tempat yang tidak adil dengan menerima pemerintah dan undang-undang yang zalim.

Aba Al Sadiq (a.s.)
Post Reply

Return to “Soal Jawab Bersama Imam”