#63659
PARA SAHABAT IMAM AL MAHDI A.S



Imam Ja’afar As Saadiq (a.s) berkata: “ Jauhilah keangkuhan bangsa Arab yang membawa kejahatan dalam masa yang hampir.” Aku berkata: “Semoga aku menjadi tebusan untuk mu! Berapa ramaikah bangsa Arab akan bersama Qa’im (a.s)? Beliau (a.s) menjawab; “Sangat sedikit”. Aku berkata: “Demi Allah, mereka yang berbicara akan perkara ini dari kalangan bangsa Arab adalah ramai!” Beliau (a.s) berkata: “Manusia mesti diuji, disaring dan dijernihkan. Amat ramai manusia yang akan gagal dari penyaringan ini” - 21


Abu Bashir berkata: Imam Abu Abdullah (a.s) berkata: “Sangat sedikit dari bangsa Arab yang akan bersama Qa’im” - 22

Amirul Mukminiin Imam Ali (a.s) mengumumkan: “Para sahabat Mahdi kesemuanya adalah mereka yang muda dan tiada yang tua melainkan sedikit bilangannya seperti celak yang disapu pada mata atau garam yang ditabur ke dalam makanan” - 23

“Kebanyakan pengikut beliau (Al-Mahdi (a.s)) adalah orang-orang muda dan sangat sedikit yang tua” – 24


Hanya segelintir kecil sahaja yang kekal bersama Panji Hitam, sekumpulan kecil para pemuda dan pemudi dari seluruh dunia berbanding dengan orang-orang Arab yang sudah berumur dan mendominasi pejabat Najaf.

_________________________________________________________________________________
21… Ghaibat Nomani
22… Sheikh Muhammad ibn Ibrahim Numani, al-Ghaybah al-Numani, ms 239
23… Ghaibat-e-Nomani, ms 170, Roozgaarhaai, jilid 1, ms 415, hadis 480
24… Bihar al-Anwar, jilid 52, ms 334
L- La Mère des Cités.

Salam, La jeune fille, mère du Fils de l’homme[…]

بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين […]

Ç- Prière (Çalat).

Salam, Diverses manières de prier. Ç- 2. Tou[…]

M- Deux Messies.

Salam, L’Esprit Christ en Jésus. M-17. Jésus[…]