#63657
SAHABAT MESIR

Imam Ali (a.s) memberitahu kita berkaitan Sahabi Masr (Sahabat Mesir): Imam Ali (a.s) berkata: “Tiada sesiapa yang mengenalinya (sebagai Sahabat Mesir) walau beliau bersama mereka. Dia seorang penyabar seperti Awliyaa’ (yang terpilih oleh Allah (SWT)) dan dia akan mengangkat Panji Hitam. Demi Allah, dialah orang yang akan menyiapkan untuk Mahdi” - 17


“Dia dikenali tetapi dia tersembunyi (statusnya sebagai Sahabat Mesir tidak diketahui)” - 18

Setelah mendengar berita berkaitan 12 orang lelaki (a.s) yang kini membongkar kepalsuan pejabat Najaf, Abdullah Hashem telah memohon kepada Allah agar beliau diberikan petunjuk kepada kebenaran dan sebaik sahaja mendapat jawabannya, beliau meyakini seruan dari 12 orang lelaki (a.s) yang mulia ini.

Abdullah mula menghasilkan beberapa video secara rahsia untuk menyeru dan memanggil manusia agar sedar akan pembongkaran yang besar ini dan mengangkat Panji Hitam Imam (a.s) ketika pihak pejabat Najaf masih terus memuji beliau dan ini membuktikan lagi bahawa orang yang mereka dakwa sebagai Imam itu adalah jahil terhadap perkara ghaib dan terahsia.


Beliau akhirnya keluar secara terbuka bersama mereka yang bersama-sama beliau dan mengumumkan secara rasmi penolakan dan bantahan terhadap pejabat Najaf.

Ini adalah suatu tamparan dan pukulan yang hebat kepada pejabat Najaf dan semakin ramai yang sedar akan pendustaan yang telah berlaku.

Malangnya, masih ramai lagi yang tidak sedar dan mereka ini memilih untuk berpihak kepada pejabat Najaf (Sapi Betina) yang berdusta ini dan kepada para ulamak (Samiri) malah sebaliknya memilih untuk menyerang Abdullah Hashem dan mereka yang beriman dengan mencaci, memfitnah dan menghina mereka yang bersama Panji Hitam.

Pihak pejabat Najaf telah mengarahkan pengikutnya agar tidak lagi berurusan dengan pendukung Panji Hitam di dalam apa juga sesi debat, perbincangan dan perbahasan. Jelas sekali ini adalah suatu taktik oleh mereka yang tidak mempunyai apa jua pegangan bukti dan dalil.

Ini saja adalah bukti jelas yang menelanjangkan mereka di pihak pejabat Najaf kerana Nabi (SAWA) dan para Imam (a.s) tidak pernah menyuruh pengikut yang beriman untuk mencaci, memfitnah dan menghina penampilan fizikal sesiapa pun dalam usaha dakwah serta tidak pernah menyuruh lari dan mengabaikan sebarang perbincangan yang rasional.

Sesiapa saja yang mempunyai akal, tatacara dan akhlak yang baik pasti akan sedar bahawa para Nabi (a.s) dan para Imam (a.s) adalah dari jauh dari mempunyai sikap sedemikian malah inilah pegangan setiap yang beriman sepanjang sejarah.


Tidak pernahkah “para ulamak dan pengikut mereka” ini pernah membuka lembaran Al Quran dan menemui ayat berikut? :


Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya".

Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;

"Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku;

"Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)".

(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);

"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).

"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau. - (Surah Nuh : 1-7)

_____________________________________________________________________________________
17… Apa yang dikatakan oleh Imam Ali (a.s) berkaitan peristiwa akhir zaman
18… Apa yang dikatakan oleh Imam Ali (a.s) berkaitan peristiwa akhir zaman
Y- Yamani et Yawmiates (Mémoires).

Salam. Des Yamanis. Y-14. Si on revenait au[…]

S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]