#63656
12 ORANG LELAKI


Imam Ja’afar As Shaadiq (a.s) berkata: “Al Qa’im tidak akan khuruj (keluar) (untuk berperang) sehinggalah 12 lelaki berkata mereka telah bertemu dengan beliau (a.s), maka manusia akan menafikan mereka” - 15


Imam Muhammad Al Baqir (a.s) berkata: “Pemilik urusan (Imam Al Mahdi(a.s)) ini akan berada dalam keghaiban untuk sekian tempoh (dan beliau ( Imam Muhammad Al Baqir (a.s)) mengarahkan tangannya ke arah Thee-Towa (Najaf)). Lalu beliau (a.s) berkata: “Sehingga sebelum dia (Qa’im (a.s)) zuhur (kepada manusia umum) bersama Mawla (Imam Al Mahdi (a.s), beliau (a.s) akan menemui beberapa sahabatnya dan bertanya: “Berapakah jumlah kalian?” Mereka akan menjawab: “Kami seramai 40 orang”. Kemudian beliau (Qa’im (a.s)) akan bertanya: “Apa kah yang kalian akan lakukan jika kalian melihat Pemilik Urusan (Imam Al Mahdi (a.s))? Mereka akan menjawab: “Demi Allah, jika beliau (Imam Al Mahdi (a.s)) pergi dari sini dan berlindung di gunung mana pun, kami akan bersama beliau (a.s)”. Kemudian beliau (Qa’im (a.s)) akan mendatangi mereka dan berkata: “Tunjukan kepadaku 10 pemimpin dari kalangan kamu atau yang terbaik dari kalangan kamu”, lalu mereka tunjukan mereka ini kepada beliau (a.s). Setelah itu beliau (a.s) akan membawa mereka ini (10 orang) kepada Pemilik Urusan (Imam Al Mahdi (a.s)). Beliau (Qaim (a.s)) akan berjanji (membawa mereka ini) bertemu Pemilik Urusan pada malam seterusnya.” - 16



Berikut adalah kenyataan salah seorang dari 12 lelaki yang terpilih ini :

Bismillahir rahmanir rahim,

Alhamdulillahi rabbil alamin,

Allahumma sholli ala Muhammad wa ali Muhammad Al-Aimmatan wal-Mahdiyyin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kepada Ansar di timur dunia juga di barat.

Aku, dan aku berlindung dari diriku sendiri, adalah pembantu kamu Aba Gabriel salah seorang dari 12 orang lelaki yang dianugerahkan untuk bertemu Hujjah Allah Imam Muhammad Al Mahdi anak kepada Al Hassan Al Askari (a.s). Aku akan menerangkan kepada kamu berkenaan dengan pertemuan tersebut, dan aku akan pastikan untuk tidak menyebut beberapa perincian disebabkan sensitifnya hal tersebut.

Semoga Allah mengurniakan kamu kejayaan kepada semua yang baik. Kami adalah 42 orang lelaki, dan termasuk (Imam Ahmad Al Hassan) a.s kami menjadi 43 orang lelaki. Di kalangan kami adalah mereka yang meyakini panggilan suci ini sebelum mendengar tentangnya, dan di antara kami adalah mereka yang meyakininya sejak hari pertama mendengarnya, dan di antara kami adalah mereka yang meyakininya tidak lama dahulu. Tuan Sayyid, bapa kami (Imam Ahmad Al Hassan (a.s)) telah mengumpulkan kami dari beberapa negara, yang mana dari kalangan Arab, Islam, barat, dan negara Asia, sehingga setahun setengah yang lepas kami berkumpul di satu tempat.

Dan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) bersama kami dan di kalangan kami. Kami mempunyai satu tempat di mana kami semua akan berkumpul pada suatu waktu tertentu setiap hari, sehingga selepas solat subuh setiap dari kami akan keluar bekerja sepertimana yang diberikan dan diarahkan oleh Bapa Imam Ahmad Al-Hassan kepada beliau. Sehinggalah hari suci yang dijanjikan itu tiba dan kami mendengar tentang kemusnahan penjahat (Abdullah, Raja Hijaz). Seperti biasa kami berkumpul di tempat suci itu yang diperkukuhkan oleh Allah . Si bapa kami (Imam Ahmad Al Hassan (a.s)) telah ghaib dari kami untuk beberapa malam sebelum malam ini, dan kami sangat merinduinya. Sejam sebelum solat subuh, singa Allah yang berani itu datang ke arah kami dengan kegemilangannya yang menarik hati dan pandangan mata, beliau dan dua saudaranya dari saudara yang diberkati yang mana kebiasaanya menemani Imam Ahmad Al Hassan (a.s) di mana sahaja beliau pergi.

Dan beliau a.s datang kepada kami sambil tersenyum lalu berkata: “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Maka semua orang menjawab salam sepenuhnya. Beliau (a.s) kemudian berkata: “Bagaimana keadaan kamu wahai anak-anakku, inshaAllah kamu semua di dalam kebaikan”. Maka saudara-saudara itu menjawab: “Segala puji bagi Allah wahai ayah kami, kami semua sihat dan segala puji bagi Allah”.

Maka beliau (a.s) berkata: “Adakah berita kemusnahan penjahat Abdullah, semoga Allah melaknatinya, sampai kepada kamu”?. Mereka menjawab: “Ya”. Beliau (a.s) berkata: “Inilah hari Allah, inilah janji Allah yang Maha Kuasa kepada hamba-hambanya yang jujur dan soleh”. Kemudian beliau (a.s) berkata: “Apakah yang kalian akan lakukan jika kalian melihat Imam Al Mahdi Muhammad Al Hassan Al Askari (a.s), semoga jiwaku dikorbankan kepadanya”!. Jadi mereka berkata: “Demi Allah, demi Allah jika beliau bergerak dari sini dan berlindung pada mana-mana gunung kami akan mengikutinya”. Maka bapa kami (a.s) berkata: “Demi Allah kamu telah berkata benar, kerana Allah tidak menciptakan ansar (pembantu) di muka ini seperti kalian, tidak sebelum dan tidak selepasnya”.

Kemudian beliau berkata: “Sekarang aku mahu kalian tunjukan kepada yang terbaik dari kalian dan memilih 10 orang untuk bertemu Imam Al Mahdi Muhammad Al Hassan Al Askari (a.s)”.

Kesemua mereka memilih saudara mereka, dan tidak terlintas di fikiran mereka untuk memilih diri mereka sendiri atau memikirkan mereka lebih baik dari saudara mereka. Maka kesemua mereka mengatakan: “Aku memilih kamu”. Maka Sayyid (a.s) melihat ke arah mereka dan tersenyum. Kemudian beliau (a.s) berkata: “Allahumma sholli ala Muhammad wa aali Muhammad al-Aimmatan wal-Mahdiyyin”. Kemudian semua orang bersolawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Kemudian Sayyid (a.s) berkata lagi: “Aku bersaksi demi Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Berkuasa bahawa Allah tidak pernah menciptakan Ansar seperti kalian, kalian adalah Ansar terbaik di muka bumi. Tidak akan ada lagi Ansar seperti kalian, dengan kesetiaan, keikhlasan dan keimanan kepada Allah Yang Maha Kuasa seperti ini”. Maka mereka melakukan seperti yang diarahkan oleh Sayyid (a.s).

Maka setiap kumpulan memilih seorang. Maka jumlah yang terpilih adalah 10 orang. Maka Sayyid (a.s) berkata: “Telah sampai waktu solat subuh”, maka beliau menunjuk kepada salah seorang saudara tersebut dan berkata kepadanya: “Bangunlah dan dirikanlah azan”. Maka beliau pun azan dan kami solat berjemaah yang diimami oleh Sayyid (a.s).

Maka kami 12 orang lelaki( 10 orang dan 2 orang yang sentiasa menemani Imam Ahmad Al Hassan (a.s)) keluar dan bersama kami adalah Sayyid (a.s) dan kami dipenuhi dengan perasaan rindu yang amat kuat dan mendalam dan kegembiraan dan hati yang berdegup kencang seperti kelajuan kilat dan tubuh bergetaran seperti pohon di dalam ribut, kerana keagungan perkara tersebut. Maka kami sampai di tempat Imam Al Mahdi Muhammad Al-Hassan Al Askari a.s berada. Maka kami bertemunya a.s dan selepas bersalaman dan perbualan panjang yang mengambil masa lebih dari 2 setengah jam, beliau a.s mengarahkan kami dan memberitahu kami tentang perkara ghaib yang akan berlaku, dan kejadian di seluruh dunia, dengan penjelasan yang sangat terperinci. Dan beliau a.s memberitahu kami apa yang akan berlaku di dunia dengan terperinci, antaranya di Iraq, Turki, Iran, Jepun, Itali, syaitan terbesar Amerika (semoga Allah melaknatnya), Korea Utara, Korea selatan, Qatar, Jordan di dalam keadaan yang sangat terperinci, malahan dengan menyebut hari dan waktu. Dan kami mengambil kesempatan ini terhadap cabaran kami ke atas Samiri dan Anak Sapi semoga Allah melaknat mereka pembantu kepada tuduhan Pejabat Najaf yang mana secara palsu dan salah mewakili Imam Al Mahdi a.s sedangkan beliau tidak bersama mereka, dan laknat ke atas pembantu halaman FB, dan laknat ke atas pembantu suara, untuk mengemukakan satu perkara ghaib (peristiwa akan datang) dan memberitahu kami kesemua perincian yang menyatakan hari di mana ia berlaku.

Dan kami akan membuat yang sama, memberitahu kamu satu perkara ghaib yang mana sesiapa pun belum pernah dan tidak akan mendengarnya, dan sesiapa pun belum pernah berkata tentangnya, kamu akan mendengarnya pertama kali dari kami, dan dengan izin Allah perkara itu akan berlaku, dan kami akan memberitahu kamu perincian yang jelas yang menyatakan hari, jam dan minit.

Maka jika kamu benar seperti yang didakwa, maka terimalah cabaran ini. Melainkan kamu adalah penipu, hipokrit, tidak berakhlak, korup dan tidak beriman, dan pada waktu itu tiada lagi yang akan tinggal sebagai penawar melainkan perdebatan terhadap kamu, dan pada masa itu, aku bersumpah dengan nama Allah (SWT), kami tidak akan berbelas kasihan terhadap kamu, kami akan merempuh dan menghancurkan sarang kamu, sarang yang menyesatkan, tidak beriman, menipu dan menfitnah terhadap Ahlul Bait a.s, dan pada masa itu tiada penyesalan atau taubat akan memguntungkan kamu.


Dan kami mengambil kesempatan ini mencabar “Samiri dan Lembu Betina” (semoga Allah (SWT) melaknat mereka dan sekutu mereka di pejabat mereka yang telah secara salah dan berdusta mewakili Imam Ahmad Al Hassan (a.s) dan Imam Al Mahdi (a.s) ketika mereka (a.s) ini tidak bersabit dengan dakwaan mereka yang terkutuk ini. Juga semoga laknat Allah (SWT) ditimpakan ke atas mereka yang terlibat dengan akaun Facebook ini dan mereka yang bersama dengan suara palsu dan dusta ini) untuk membawa kepada semua satu khabar ghaib (peristiwa akan datang) dengan perincian hari bila peristiwa ini akan berlaku.

Dan setelah itu, kami juga akan memberitahu satu peristiwa ghaib yang akan berlaku di mana peristiwa ini tidak pernah didengari,diketahui dan dibicarakan sebelumnya. Kalian akan mendengar dan mengetahuinya buat pertama kalinya dari kami dan ia pasti akan berlaku, InsyaAllah. Dan kami akan memberikan maklumat yang amat terperinci berkaitan peristiwa ini dengan menyatakan hari dan masa (jam dan minit) berlakunya.


Oleh itu jika kalian benar sebagaimana didakwa, terimalah cabaran kami ini. Jika tidak, kalian adalah pendusta, munafiq, tidak bermoral, korup dan kafir. Dan ketika itu, tiada yang tinggal sebagai penawar kepada kalian selain pedang ke atas kalian dan pada masa itu, kami bersumpah bersaksikan Allah Yang Maha Agung, kami tidak akan bersimpati kepada kalian dan kami akan hancurkan dan musnahkan sarang kalian…


Sarang kesesatan, kekufuran, pendustaan dan fitnah terhadap Ahlal Bait (a.s) dan penyesalan dan taubat kalian tidak lagi memanfaatkan kalian.



_______________________________________________________________________________
15… Ghaybat Al-Noamani =ms p277 (dalam versi lain ms 285)
16… Ghaibat Al-Noa’mani, ms 187, Tafsir Al-Ayashy, jilid 2, ms 56,
Bihar Al-Anwar, jilid 52, ms 341, Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, jilid 5, ms 2
Y- Yamani et Yawmiates (Mémoires).

Salam. Des Yamanis. Y-14. Si on revenait au[…]

S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]