User avatar
By Peja
#835
Siapakah Al-Khurasani yang disebut di dalam hadith-hadith Ahlul Bait a.s., adakah dia tidak beriman kepada Al-Yamani pada permulaannya, kemudiannya beriman dan menjadi tenteranya ?

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala Puji-Pujian hanyalah milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Ya Allah limpahkanlah kurniaan-Mu ke atas Nabi Muhammad dan Keluarga Muhammad iaitu Para Imam dan Para Mahdi a.s.

Ya. Dia bersedia untuk memerangi Al-Yamani pada awalnya, namun itu tidak lama dan dia akan memberikan baiahnya, in sha Allah. Dan perlawanannya terhadap Al-Yamani a.s bukanlah disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan bahawa yang ditentangnya adalah Al-Yamani a.s. Semoga Allah merahmati Al-Khurasani.
User avatar
By Peja
#63525
Soalan:
1)- Bolehkah Imam menjelaskan sedikit mengenai Shuib ibn Saleh? Kenapa sokongan beliau kepada Yamani cukup terkenal.

2)- Khurasani, adakah dia daripada tentera syiah yang menyokong perjuangan kerajaan Bani Abbas melawan ISIS, adakah segelintir daripada mereka adalah tentera upahan daripada negara Iran.

Jawapan:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Ya Allah solawat dan salam kepada Nabi Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi.

Semoga Allah merahmati kamu.

Ya, semoga Allah merahmati kamu, saya akan menjawabnya, in sha Allah.

Shu’aib ibn Saleh, semoga Allah melindunginya, telah pun muncul pada masa ini dan dia adalah daripada Ansar Imam Mahdi a.s dan dia datang daripada kumpulan yang hancur. Dia adalah seorang yang berani yang mempunyai kemuliaan. Kata-katanya umpama pedang yang mana didengar oleh orang ramai dan orang ramai di sekelilingnya amat menghormatinya kerana kejujuran, kebaikkan dan mempunyai moral yang mulia, dengan keperibadian ini dia dikenali ramai. Dia mempunyai pertelingkahan dengan orang-orangnya untuk menyelesaikan masalah puak/kaum yang berpanjangan dengan daya pemikiran, kecerdikkan adan kebijaksanaannya dan oleh kerana itu dia amat disayangi oleh puaknya. Dia mempunyai puak/kaum yang amat terkenal. Dia adalah daripada orang yang terkenal yang mempertahankan Imam Mahdi a.s dan manusia berkumpul di sekelilingnya apabila kemunculannya dan bergerak maju ke hadapan untuk memberi kejayaan kepada Imam Mahdi a.s.

Dan untuk Khurasani pula, pada permulaanya dia menjadi musuh kepada Imam Mahdi a.s tanpa mengetahui dan merasainya. Tetapi setelah beberapa peristiwa, dia akan memberi membaiah taat setia kepada Imam Mahdi a.s dan dia akan menjadi orang kanan (Imam Mahdi) di dalam proses penaklukan dan dia akan syahid di dalam satu peperangan yang penuh dengan kerahmatan. Dan segala puji hanya kepada Allah Tuhan Sekalian Alam.

Ahmad Al-Hassan

Zulhijjah/1436 Hijrah
A- Nom nouveau du Mahdi.

Salam, Après le Rappel. A-19. Nous avions d[…]

Ha- Houmaza, Calomniateurs.

Salam, Des calomniateurs. Ha-1. Al-Houmazah[…]

L- La Mère des Cités.

Salam, La Montagne des Montagnes. L-6. Il e[…]