User avatar
By Peja
#828
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Segala Puji-Pujian hanya milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.
Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi a.s.

Siapakah Samiri dalam seruan dakwah ini ?

Bukankah ulama dalam seruan dakwah ini, secara zahirnya penampilan mereka adalah zuhud, ahli ibadah, ahli jihad dan sahabat terbaik kepada Imam Ahmad Al-Hassan a.s ?

Apakah Al-Ijil yang Samiri zaman ini (ulama seruan dakwah) ciptakan ?

Bukankah Pejabat Najaf yang mereka gambarkan sebagai “manifestasi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim”?

Lihat fakta berikut ini: Di dalam kitab “Al-Ijil”, Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata:

“Dan Samiri berkata kepada mereka inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa a.s, bermakna Tuhan bermanifestasi di dalam patung anak sapi emas (Al-Ijil)!! Dan kebanyakkan dari Bani Israil mempercayai Samiri selepas mereka juga turut terlibat mencipta anak sapi emas itu”

Sepertimana mereka memberitahu kita bahawa halaman ‘Facebook’ adalah milik Imam a.s (Tuhan kamu bermanifestasi di laman ‘Facebook’), dan juga mereka memberitahu kita bahawa Pejabat Najaf adalah manifestasi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim (Tuhan bermanifestasi pada Pejabat Najaf) !

Suara apakah yang mereka gunakan untuk menipu kita? Bukankah ia suara palsu yang mereka cipta untuk Imam a.s di laman ‘Facebook’ ?

Bukankah Imam Ahmad Al-Hassan a.s ketika itu berada dalam fitnah keghaiban senyap sehinggalah bapanya Imam Muhammad Al-Mahdi muncul pada hari kematian Raja Abdullah, sama seperti Nabi Harun a.s berdiam diri sehinggalah Nabi Musa a.s kembali ?

Bukankah Imam Ahmad Al-Hassan a.s berdiam diri menepati dengan hadith yang menceritakan tentang keghaiban beliau a.s iaitu 6 hari, 6 bulan atau 6 tahun ?
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]

K- La Caverne, Al-Kahf.

Salam, La Caverne ou Grotte. K-1. Entre la S[…]