#63654
SAPI BETINA


“Imam Ja’afar As-Bait (a.s) berkata: “(….Sepertimana itu Qa’im (a.s) (iaitu Mahdi (a.s)). Hari-hari keghaibannya akan berpanjangan agar kebenaran itu menjadi lebih jelas dan keimanan akan disucikan dari kekotoran akibat kemurtadan setiap dari pengikut yang berniat jahat yang bersifat munafik dan mengharap pewarisan, pemerintahan, kekuasaan dan jaminan di dalam pemerintahan Qa’im (a.s)….(Sehingga beliau (a.s) berkata) “dengan itu, apabila tiada apa lagi yang tinggal dari Islam kecuali namanya dan dari Al-Quran kecuali tulisannya dan (ketika) pemilik urusan (Mahdi) ghaib dengan sebab yang dijelaskan, (ini berlaku) kerana ujudnya fitnah yang dahsyat pada hati-hati manusia, sehingga mereka yang paling akrab kepada beliau (a.s) akan menjadi paling terpinggir (musuh yang paling jahat) kepada beliau (a.s). Maka itu Allah akan membantu beliau (a.s) dengan tentera-tentera yang kamu tidak dapat melihat mereka dan akan menzahirkan agama Nabi Nya melalui tangan beliau (a.s) dan menzahirkan agamaNya ke atas seluruh muka bumi walaupun mereka yang mempersekutukan Allah membencinya” - 12


Di dalam buku “Lembu Betina” oleh Imam Ahmad Al Hassan (a.s), jilid 1, Bab “Fitnah (Ujian) Lembu Betina, Imam Ahmad Al Hassan (a.s) menyebut bahawa Samiri (laknatullah) adalah seorang taat, ahli zuhud, ulamak, ahli ibadah, mujahid (berperang menentang penzalim), pernah melihat Jibrail (a.s) dari dunia ghaib di mana beliau sahaja dapat melihatnya dan beliau adalah ketua dari kalangan sahabat Nabi Musa (a.s) dan sahabat yang paling baik dari kalangan para sahabat Nabi Musa (a.s).

Malangnya Samiri yang dihormati, ahli ibadah, mujahid dan tinggi ilmunya ini merasakan beliau lebih berkelayakan untuk memimpin Bani Israil berbanding Nabi Harun (a.s) ketika Nabi Musa (a.s) naik ke Bukit Tursina. Maka beliau telah membuat patung lembu betina untuk pengikut Nabi Musa (a.s) dan Nabi Harun (a.s). Untuk meyakinkan mereka, Bani Israil, beliau telah membuat patung lembu betina yang mengeluarkan suara seperti suara lembu yang hidup.

Imam Ahmad Al Hassan (a.s) berkata :

“Oleh itu, sebagaimana wujudnya Samiri yang bersama Musa (a.s) dan wujudnya Judas Iscariot bersama Isa (a.s), maka seperti itu juga berlaku kepada Muhammad (SAWA) iaitu wujudnya mereka yang sama seperti Samiri dan begitu jugalah akan wujud Samiri dan sekutunya bersama Mahdi (a.s). Inilah sunnah Allah (SWT) dan kamu tidak akan mendapati sebarang perubahan terhadap sunnah Allah (SWT)” – 13

Di sini kita mendapati bahawa ramalan Imam Ahmad Al Hassan (a.s) menjadi kenyataan di mana mereka yang dikenali sebagai “ulamak, ahli ibadah,” dan hampir kepada Imam Ahmad Al Hassan (a.s), telah menyesatkan orang-orang yang beriman ketika keghaiban Imam Ahmad Al Hassan (a.s) dan mereka ini telah menghasilkan “Lembu Betina” (Pejabat mereka di Najaf dan akaun Facebook) dan menjadikan “lembu betina” ini “mengeluarkan suara” (suara seorang penyamar (menyamar sebagai Imam Ahmad Al Hassan (a.s)) yang disiarkan dalam akaun Facebook ini.


____________________________________________________________________________________
12… Kamaul Din ms 356, Ghaybat Al Toosi ms 172, Bihar Al Anwar jilid 51, ms 2
13.. Al-Jawab Al-Moneer

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]