#63653
ENAM TAHUN YANG SUNYI

Al-Asbagh Ibn Nabata berkata: “Aku pergi kepada Amirul Mukminiin (a.s) dan aku mendapati beliau (a.s) sedang melakar garisan pada tanah, maka aku berkata kepada beliau (a.s): Wahai Amirul Mukminiin (a.s), kenapa aku melihat kamu (a.s) termenung dan melakar garisan pada tanah? Apakah kamu (a.s) mendambakannya? Maka beliau (a.s) menjawab: “Demi Allah, aku tidak pernah mendambakannya atau mendambakan dunia ini, tetapi aku tadi berfikir tentang seorang lelaki yang akan dilahirkan dari anak keturunan kesebelasku, dialah Mahdi (a.s) yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelumnya dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman. Akan berlaku kekeliruan (pada manusia) dan keghaiban dirinya (a.s). Ramai manusia akan menjadi sesat (ketika keghaiban beliau (a.s)) dan segelintir akan mendapat petunjuk darinya” Maka saya bertanya: Berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi? Beliau (a.s) menjawab: “6 hari atau 6 bulan atau 6 tahun” - 11


Sepanjang enam tahun keghaiban Imam Ahmad Al Hassan (a.s), suatu pedustaan besar telah berlaku di mana beberapa lelaki yang secara fizikal pernah bersama Imam Ahmad Al Hassan (a.s) mendakwa bahawa mereka menjalinkan hubungan komunikasi dengan beliau (a.s) dan mendakwa merekalah moderator (perantaraan) di antara beliau (a.s) dan manusia di muka bumi. Para pendusta ini telah menubuhkan pejabat di Najaf dan akaun Facebook di atas nama Imam Ahmad AlHassan (a.s). Sangat ramai dari kalangan yang beriman telah terperdaya oleh para pendusta ini (laknat Allah (SWT) ke atas mereka).

__________________________________________________________________________________
11… Ghaybat Al Toosi, ms 165, no. hadis 127
T- La Table Servie.

Salam, Sur une Table. T-16. Cela s’est pass[…]

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]