#63652
MIMBAR MESIR

Abaya Al-Asady berkata: “Aku mendengar Amirul Mukminiin Imam Ali (a.s) berkata:

“Demi sesungguhnya aku akan membina suatu mimbar di Mesir.” Maka saya berkata, “Wahai Amirul Mukminiin, kamu berkata seperti kamu akan bangkit dari kematian mu.” Beliau (a.s) berkata, “Alangkah tersasarnya, wahai Abayah! Kamu telah masuk ke dalam mazhab yang salah, seorang lelaki dari keturunanku akan melakukannya” - 9


Juga disampaikan hadis dari beliau (a.s) ketika menyebut berkaitan Al Mahdi (a.s) dan para sahabat beliau (a.s):


“…dan seorang yang AMAT BENAR akan berjalan bersama PANJI PETUNJUK…beliau kemudian pergi ke Mesir dan mendirikan mimbarnya dan bersyarah kepada manusia…dan memasukan ilmu ke dalam hati orang-orang yang beriman. Maka tiada seseorang pun dari kalangan beriman yang memerlukan ilmu yang dimiliki oleh saudaranya dan ketika itu penafsiran ayat berikut menjadi kenyataan…..

“…maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurnia Nya”
(Surah An Nisaa’:130) - 10


Di dalam hadis ini, beliau (a.s) telah menjelaskan bahawa Mimbar Mesir akan dibangunkan dahulu sebelum kehadiran Al Mahdi (a.s) ke Mesir, bermakna ia adalah suatu pentas media yang dibina dan diatur oleh mereka yang beriman dan mulia di Mesir.

Pada tahun 2008 setelah beriman dengan seruan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), Abdullah Hashem Aba Sadiq (a.s) dan sekumpulan mereka yang beriman berhijrah ke Mesir dan selama beberapa tahun seterusnya telah menghasilkan dan menyebarkan pelbagai bahan video dan media berkaitan seruan dakwah Imam Ahmad Al Hassan (a.s) ke empat penjuru bumi, tugas yang masih mereka laksanakan sehingga hari ini.

_________________________________________________________________________________
9… Bihar Al-Anwar, jilid 53, ms 59
10.. Bihar Al-Anwar, jilid 53, ms 85 & Bisharat Al-Islam, ms 74

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]