#63650
SERUAN DAKWAH IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI A.S

Abu Abdullah (a.s) berkata: “Rasulullah (SAWA) berkata (Khabar gembira kepada sesiapa saja yang menyedari akan Qa’im dari Ahlal Bait (a.s) dan mengikuti ajarannya sebelum kebangkitan Qa’im, membantu pembantunya dan meninggalkan musuh-musuhnya dan mentaati (perintah-perintah) dari para Imam (a.s) yang memimpin sebelum beliau (a.s). Merekalah sahabat-sahabatku dan kecintaanku dan yang paling terhormat dari kalangan umatku. Rifaa’ berkata: (dan ciptaan Allah yang paling mulia kepadaku)” – 5


Imam Ja’afar As-Bait (a.s) berkata: “Beliau (Al-Qa’im) yang akan khuruj (keluar) tidak akan muncul sehingga telah muncul 12 lelaki (para 12 orang Imam (a.s)) dari Bani Hashim sebelum beliau, kesemua mereka menyeru manusia kepada mereka (a.s)” - 6

Imam Muhammad Al Baqir (a.s) berkata: “Zuhurnya (munculnya) Sufyani, Yamani dan Khurasani adalah pada satu tahun, satu bulan, satu hari, seperti susunan butiran manik-manik, sebahagian manusia akan mengikuti sebahagian dari mereka dan akan berlaku kesengsaraan pada setiap wajah. Jauhilah orang-orang yang menjauhi mereka dan tidak ada panji yang lebih terpimpin dari panji Yamani, panji beliau adalah panji kepimpinan kerana beliau menyeru/memanggil kepada Sahib Al Zaman (Pemilik Urusan/ Al-Mahdi) kalian. Maka apabila Yamani zuhur (muncul), beliau akan mengharamkan ke atas semua manusia dan Muslim sebarang urusniaga senjata dan jika Yamani zuhur maka bangkitlah kepada beliau. Sesungguhnya, panjinya adalah petunjuk dan tidak dibenarkan seorang Muslim pun untuk berpaling dari beliau. Dan sesiapa yang berpaling maka dia adalah dari penghuni neraka kerana beliau menyeru/memanggil kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus” -7

Di sini para Imam (a.s) yang suci menjelaskan kedudukan dan jawatan Al Yamani (a.s) dan menjelaskan juga kewajiban untuk menyertai beliau (a.s) dan ingatlah bahawa Allah (SWT) hanya akan mewajibkan kita mentaati Imam yang maksum.

__________________________________________________________________________
5...Ghaybat Al Toosi ms 456, Bihar Al-Anwar, jilid 52, ms130
6... Ketab Alghibah oleh Sheikh Altusi: ms 437. Alershad oleh Sheikh Almofied, jilid 2, ms 327.
E’lam Alhoda be’lam Alwara, jilid 2, ms 280
7... Ghaybat Al Numani, ms 264

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]