#63642
APAKAH LOGIK BAHAWA NABI SAWA TIDAK MENINGGALKAN WASIAT?

Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat adalah sangat ditekankan oleh Allah sehingga disebut sebagai wajib di dalam Al Quran.

Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf, (ini adalah) kewajiban ke atas orang-orang yang bertakwa. - (Surah Al Baqarah : 180)

Di dalam ayat di atas kita dapat memahami bahawa Allah telah mewajibkan mereka yang beriman untuk menulis wasiat ketika mana mereka merasakan ajal mereka sudah hampir. Oleh itu, apakah penghulu para mukmin, Nabi Muhammad telah meninggalkan wasiat? Atau apakah Baginda gagal atau engkar untuk melaksanakan perintah terakhir dari Allah ini?

Ibnu Abbas RA berkata “Hari Khamis, tahukah kamu ada apa hari Khamis itu?. Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran kerikil. Kami berkata “Hai Abul Abbas ada apa hari Khamis?. Ia menjawab “Hari itu sakit Rasulullah semakin berat, kemudian Baginda bersabda..

“Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya.”
Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi perselisihan di sisi Nabi . Mereka berkata “beliau sedang menggigau, tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa yang kalian ajak”

Rujukan :
Shahih Bukhari no. 2997; Shahih Muslim, Akhir Kitab Wasiyyah, jilid 5 ms 75; Musnad Ahmad, jilidl 1 ms 335, jilid 5 ms 116; Tarikh Tabari, jilid 3 ms 193 ;Tarikh Ibn al Athir, jilid 2 ms 3204

Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa yang Rasulullah (SAWA) tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.

Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi (SAWA)?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?


Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi itu Tsaqalain atau perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlul Bait (a.s). Namun Syiah sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi Ini turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi .

Namun benarkah wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa yang menghalang Nabi dari menulis wasiat ini setelah orang yang menghalang mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi , kerana Baginda SAWA telah meminta penggantinya, Imam Ali (a.s) untuk mencatatkan wasiat Baginda........ WASIAT NABI SAWA DI MALAM KEWAFATAN BAGINDA SAWA
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]

K- La Caverne, Al-Kahf.

Salam, La Caverne ou Grotte. K-1. Entre la S[…]