Page 1 of 1

MENITI TITIAN KEBENARAN HAKIKI : SIRI 3 - TELAH TIBA MAHDI YANG DIJANJIKAN

PostPosted:Tue Jun 21, 2016 5:04 am
by AbdelRahman
Ini adalah zaman kemunculan Mahdi kalian. Apa buktinya? Selain dari tanda-tanda akhir zaman yang sering disebutkan, tanda yang paling jelas tanpa sebarang keraguan adalah hadis berikut:

Tentang Hijaz, diriwayatkan bahwa Rasulullah (SAWA). bersabda:

“Akan memerintah seorang lelaki yang mempunyai nama binatang. Bila kamu melihat dia, akan terlihat olehmu juling di matanya dari kejauhan. Namun jika kamu dekati ia, kamu tidak akan melihat apa-apa di matanya. Ia akan digantikan oleh saudaranya yang bernama Abdullah, berilah amaran kepada pengikut kami tentang beliau! (beliau mengulangi kalimat ini sampai tiga kali). Sampaikan kepadaku berita gembira dengan kematiannya, akan aku sampaikan berita gembira kepada kalian dengan kemunculan al-Hujjah.” - (Miatan wa Khamsun ‘Alamah, hal 122)

Saya kuatkan dengan sebuah hadis lagi dari Ahlulbait AS:

Diriwayatkan dari Abu Bashir:

“Aku mendengar Abu Abdillah (Imam Shadiq) as pernah mengungkapkan, “Siapa yang memastikan kematian Abdullah bagiku, aku pastikan (kemunculan) Sang Qai’m baginya.” Lalu beliau menambahkan,

“Bila Abdullah mati, orang-orang tidak akan bersepakat atas seorang (siapa yang akan menggantikannya,-penerj) sepeninggal dia, dan urusan ini tidak akan berakhir tanpa sang pemimpin kalian, insya Allah. Raja (yang memerintah) bertahun-tahun akan pergi menjadi raja beberapa bulan dan beberapa hari”

Aku (si perawi) bertanya, “Apakah lama yang demikian itu?”

“Tidak”, jawab Imam. - (Bihar al-Anwar, juz 52, hal 210)

Sebagaimana yang telah diramalkan dan dinyatakan di dalam hadis di atas, Hijaz (Arab Saudi) sememangnya telah diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama binatang, iaitu Raja Fahd (Fahd bermakna harimau bintang). Mata beliau kelihatan juling dari jauh tetapi normal jika dilihat dari dekat. Setelah kematian Raja Fahd ini, saudaranya Abdullah telah mewarisi takhta sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Nabi meskipun adalah jarang sekali seorang raja digantikan oleh saudaranya. Tambahan lagi, mereka ini adalah pengikut ajaran aliran Wahabi dan mereka ini amat memusuhi pengikut Imam Ali . Hadis di atas adalah suatu keajaiban yang terbukti benar dan melakukan muhasabah ke atasnya adalah sesuatu yang amat penting kepada mereka yang mempunyai akal yang mahu berfikir dengan ikhlas dan terbuka.

Pada 23 Januari 2015, berita kematian raja Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz telah disiarkan. Kematian Raja Abdullah menjamin kemunculan Al Mahdi.

“APAKAH KITA MASIH TERUS MAHU KEKAL DI DALAM KEALPAAN??”