Page 1 of 1

Antara Soalan dan Jawapan di dalam Paltalk bersama Aba Sadiq a.s

PostPosted:Sun Jun 19, 2016 4:40 pm
by Peja
Antara Soalan dan Jawapan di dalam Paltalk bersama Aba Sadiq a.s

Soalan1:
Apakah dibolehkan melakukan ziarah ke maqam Imam Hussein a.s pada masa ini?

Aba Sadiq a.s:
Tiada masalah di dalam perkara itu, akan tetapi apa yang lebih penting pada masa sekarang adalah memberi kemenangan kepada Imam Hussein a.s. Tiada Wilayah bagi orang yang melakukan Ziarat namun meninggalkan perjuangan di dalam memberikan kemenangan kepada Imam Hussein, Ahmad Al-Hassan a.s.

Soalan 2:
Apakah dibolehkan untuk mempunyai lambang salib di rumah?

Aba Sadiq a.s:
Orang yang menyerupai Isa a.s (Jesus Look-alike) sendiri pun tidak menyimpan lambang salib di rumahnya.

Aba Sadiq a.s berkata kepada Aba Haydara: Aba Haydara, ingatkah kamu akan jawapan Bapa a.s kepada soalan kamu berkenaan debu/tanah?
(Aba Haydara suatu ketika mengunjungi rumah Imam a.s dan tinggal selama 3 hari untuk melakukan kerja-kerja. Ketika ingin pulang, dia mengambil sedikit debu/tanah dari rumah Imam a.s sebagai berkah tanpa izin dari Bapa a.s, jadi dia (Abu Haydara) mengirim soalan bertanyakan: Apakah harus aku lakukan akan debu ini, kembalikan semula atau gunakan sebagai berkah?

Jawapan Imam a.s kepada Aba Haydara adalah: Anakku, jangan berikan nilai kepada sesuatu yang tidak bernilai dan mempercayai secara salah bahawa ia memberi kebaikan atau keburukan kepada kamu. Satu-satunya kebaikan adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menaati-Nya.

Aba Sadiq a.s: Perkara paling utama sekarang adalah memberikan kemenangan kepada Khalifah Allah a.s. Dan tiada kebaikan pada debu atau lambang salib atau...atau.....

Soalan 3:
Bolehkah kamu memberitahu kami tentang kalendar Hijrah dan bilakah bermulanya bulan baru supaya kami tidak bergantung kepada Marja'?

Aba Sadiq a.s:
In sha Allah, Bapa a.s akan memberitahu kalian.

Soalan 4:
Adakah Kunya yang diberi oleh Imam a.s kepada sahabatnya mempunyai kaitan dengan realiti seseorang itu di dalam alam yang lebih tinggi atau reincarnasi sebelum ini?

Aba Sadiq a.s:
Jika penyoal ini bermaksud untuk bertanya bahawa: Adakah Aba Sadiq a.s. adalah Imam Ash-Shodiq a.s, maka jawapannya adalah 'tidak'. Dan maksud dari Kunya seseorang itu adalah rahsia dirinya dan Imam a.s.

Soalan 5:
Adakah Imam Ali a.s dan Imam Al-Hassan a.s juga berada bersama kita sekarang ini?

Aba Sadiq a.s:
Tidak, mereka tidak bersama kita sekarang ini. Namun mereka ada bersama kita di dalam bentuk roh/jiwa dan semangat, bukan di dalam bentuk jasad.

Soalan 6:
Junjunganku, Aba Sadiq a.s menyatakan di dalam Paltalk bahawa insan yang dianugerahkan kemaksuman (bermaksud tidak melakukan sebarang kesalahan atau dosa semenjak dilahirkan sehinggalah kewafatannya) hanyalah 14 maksumin a.s, iaitu Rasulullah Muhammad SAW, Bonda Fatimah Az-Zahra a.s, Imam Ali a.s, Imam al-Hassan a.s, Imam al-Hussein a.s dan para Imam a.s sehinggalah sampai kepada Imam Mahdi a.s.

Jadi bagaimana pula dengan Mahdi Pertama, Imam Ahmad Al-Hassan a.s?
Adakah kemaksumannya diwarisi (semenjak lahir sehingga kewafatannya) atau dia tidak dilahirkan maksum tetapi kemaksumannya didapati pada suatu peringkat hidupnya melalui keikhlasan dan dedikasi kepada Allah SWT?

Manakala bagi Imam Ahmad Al-Hassan a.s, ketika ia dilahirkan sebagai Imam Al-Hussein a.s dan sebagai Imam Musa Al-Kazhim a.s, kemaksumannya adalah secara diwarisi.

Namun di dalam kelahiran ini, iaitu sebagai Imam Ahmad Al-Hassan a.s, kemaksumannya adalah hasil dari balasan keikhlasan dan dedikasinya kepada Allah SWT; dan bukannya diwarisi sejak dari kelahirannya.

Aba Sadiq a.s menyatakan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata: "Ahmad Al-Hassan yang ada pada hari ini (di dalam kelahiran ini), kemaksumannya adalah secara balasan keikhlasan dan dedikasi-nya. Dan orang yang memberi dan mengajarku supaya memelihara diriku (menjadi maksum) adalah Bapaku (Muhammad ibn Al-Hassan a.s) yang mendisplinkanku dan mengajarkanku; dan saudaraku, dari anak-anak Maryam a.s"

Dan kita dapati Imam Ahmad Al-Hassan a.s menyatakan perkara ini di dalam Khutbah Pertemuan, di mana beliau a.s menyatakan bahawa beliau a.s pernah menganggap Akademik Hauzah di Najaf adalah kubu terakhir yang mewakili kebenaran di dunia ini!.

Itu adalah sebelum Bapanya(Imam Mahdi a.s) memberitahunya tentang penyelewengan besar dan penyimpangan yang berlaku di dalam Hauzah.

Juga di dalam khutbah yang sama Imam Ahmad Al-Hassan a.s menyatakan bahawa Imam Mahdi pada peringkat awalnya mendisplinkannya dan memberi panduan kepadanya yang dengannya dia mampu mencapai tahap terbaik akhlak ketuhanan.

Berikut ini adalah kutipan dari Khutbah Pertemuan, Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata:

"Di dalam bangunan maqam dua imam, Al-Hadi dan Al-'Askari, adalah tempat perjumpaan pertamaku dengan Imam Al-Mahdi di dalam dunia fizikal ini. Dan dari pertemuan itu aku mengenali Imam Al-Mahdi dan pertemuan itu berlaku banyak tahun dahulu. Dan selepas pertemuan itu, berlaku banyak pertemuan aku dengan beliau a.s dan beliau memberitahu dan menjelaskan kepada banyak perkara.

Namun beliau tidak mengarahkanku untuk menyampaikan sebarang mesej kepada sesiapapun pada waktu itu, malah beliau memberikan panduan kepadaku supaya aku menjadi berdisplin/berakhlak dan taat, agar aku mencapai tahap akhlak ketuhanan.

Dan beliau memberkahiku dengan ilmu dan memberitahuku tentang penyimpangan serius yang berlaku di Hauzah Najaf pada waktu itu, sama ada penyimpangan ilmu, penyimpangan amalan, politik sosial ataupun penyimpangan ekonomi.

Atau penyimpangan sebahagian simbol Hauzah dan proses ini amat memeritkan bagiku kerana ia adalah menandakan keruntuhan kubu terakhir yang aku anggap mewakili kebenaran di dunia ini. Yang bagiku menandakan rosaknya garam, sedangkan setiap benda yang rosak boleh dibaiki dengan garam, maka apa akan berlaku jika garam itu sendiri telah rosak?.

Ia adalah proses yang memeritkan dan menyedihkan dan menakutkan yang terjadi sekaligus, Imam Mahdi membuatkan aku melihat Penindasan, Kezaliman dan Kerosakan.

Dan beliau meninggalkan aku berhadapan dengan ini semua, di dalam keadaan aku tidak tahu bertindak bagaimana, haruskah aku kembali semula ke tempat asalku?. Soalan yang selalu aku tanyakan kepada diriku, jawapannya ialah aku sekarang telah menjadi orang asing di tengah-tengah Hauzah Najaf. Dengan kebenaran yang aku tahu, bagaimana aku tidak menjadi lebih terasing kepada manusia di dunia ini?".

Soalan 7:
Jika lima manusia suci a.s adalah 12 Imam a.s, maka adakah kembalinya salah satu dari mereka bermakna kembalinya kesemua karakter di dalam setiap pusingan (inkarnasi)?

Aba Sadiq a.s:
Ya, kerana ia roh yang sama. Dan kembalinya Imam Ahmad Al-Hassan a.s adalah kembalinya Imam Hussein a.s dan Imam Musa Al-Kazhim a.s.

Soalan 8:
Apabila Imam a.s muncul nanti, adakah ia akan muncul dengan imej/wajah seperti yang kita lihat di facebook atau dengan imej yang lain?

Aba Sadiq a.s:
Ya, in sha Allah, dengan imej/wajah yang sama. Dan Imam a.s hari ini lebih banyak menyerupai Imam Al-Kazhim a.s.

Soalan 9:
Bagaimana caranya kita membuang/melenyapkan ego dan membuang kegelapan dari diri kewujudan kita sehingga hanya tinggal kewujudan Allah SWT sahaja?

Aba Sadiq a.s:
Ikhlas kepada Allah SWT dan mengalahkan ego adalah dengan keyakinan (yaqiin) dan berbuat kebajikan hanya kerana Allah SWT;dan menolong memberikan kemenangan kepada Khalifah-Nya a.s.

Soalan 10:
Apakah dia ghulu (melampau) [di dalam beriman]?

Aba Sadiq a.s:
Ghulu (melampau) adalah jelas, iaitu menjadikan makhluk Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT, mengatakan Imam Ahmad Al-Hassan a.s atau Imam Ali a.s adalah Tuhan Mutlak, ini adalah Ghulu.

Soalan 11:
Adakah Imam a.s dan ansarnya akan berperang menggunakan pedang atau dengan senjata moden seperti yang dikenali hari ini?

Aba Sadiq a.s:
Senjata yang paling penting (utama) orang beriman adalah Yakin dan Segala Puji-Pujian Hanya Untuk Allah.

Soalan 12.
Apa yang harus kami lakukan untuk berkhidmat kepada kamu (Imam a.s) sekarang ini?

Jawapan:
Kami mahu kalian melakukan perkara-perkara berikut:
Ikhlas di dalam kerja-kerja,
Yakin di dalam keimanan,
Menunjukkan moral dan adab Nabi Muhammad dan Keluarga Muhammad a.s, bekerjasama di dalam perkara-perkara baik dan benar serta mengelak diri dari terlibat di dalam fitnah sesama ansar dan Bapa a.s (Imam a.s) berkata kepada: "barangsiapa yang memulakan fitnah di antara sesama ansar, maka pengakhirannya ('destiny') adalah Neraka oleh Allah", dan tiada pemberi syafaat baginya di hari pengadilan.

Soalan 13:
Para saintis mempunyai teori-teori tertentu berkenaan penciptaan alam semesta, kami ingin tahu bagaimana kita boleh berada di sini, bagaimana kewujudan ini tercipta. Juga bagaimana dunia ini tercipta, supaya saya boleh berhujah dengan orang-orang tertentu.

Aba Sadiq a.s:
Berkenaan dengan penciptaan, Allah SWT menciptanya dengan kuasa dan kemampuan-Nya. Manakala secara 'detail'nya akan dijelaskan oleh Imam a.s di dalam buku terbarunya sebagai 'respon' kepada buku 'The Atheism Delusion' dan kepada para atheis.

Soalan 14:
Adakalanya saya ingin menjalankan kerja-kerja dakwah dan mempunyai beberapa idea yang bagus, akan tetapi saya tidak pasti sama ada apakah informasi yang saya dapat benar atau salah, apakah nasihat Tuan kepada saya?

Aba Sadiq a.s:
Apabila Bapa a.s berkata kerja..kerja..kerja sehingga nafas terputus, dia a.s maksudkan adalah menyuruh kamu menyeru manusia kepada kebenaran dan menghadirkan diri di dalam bilik ini (paltalk) dan membaiki diri.. dan...dan..dan..

Soalan 15:
Apakah perbezaan antara 'the soul' (roh/jiwa) dan 'the self' (diri/pribadi/nafs)?

Aba Sadiq a.s:
In sha Allah, jawapan tentangnya akan terdapat di dalam buku berkenaan 'the soul' (roh) dan saya tidak ingin mendahului Bapa a.s di dalam menjawab perkara ini.

Imam a.s menjawab:
'The soul' wujud hanya di dalam manusia, tapi 'the self' wujud di dalam manusia dan haiwan dan makhluk-makhluk lain.

Soalan 16:
Bolehkah roh orang beriman meninggalkan jasadnya tanpa kematian jasadnya dan dengan kehendak orang itu?

Imam a.s menjawab: Ya, roh boleh keluar dari jasad hanya ketika tidur dan di dalam kes-kes tertentu ketika seseorang berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Soalan 17:
Adakalanya masuk ke dalam hati kita beberapa inspirasi apabila kita membaca hadis Ahlul Bait a.s, adakah boleh kita kongsikan dengan seseorang di luar Black Banners atau lebih baik simpan untuk diri sendiri sahaja?

Aba Sadiq a.s:
Kadang-kadang inspirasi itu tepat dan kadang-kadang tidak tepat kepada orang yang tidak maksum.

Soalan 18:
Apakah deskripsi yang diberi oleh Al-Quran berkenaan syurga dan simbol Hurul Ain?

Jawapan Aba Sadiq a.s di dalam bentuk audio:

http://www.mediafire.com/download/pliii ... RADISE.mp3

Soalan 19:
Saya berhujah dengan atheis, apa pendapat Tuan, wahai Aba Sadiq?

Aba Sadiq a.s:
Apa masalahnya menunjukkan kebenaran kepada seorang atheis?. Dan ramai atheis akan memeluk Islam dan masuk ke dalam seruan dakwah ini.

Para atheis yang mati di dalam keatheisannya akan berada di kedudukan terbawah di neraka.

Soalan 20:
Apakah 5 manusia suci yang berada di bawah jubah ('people of the cloak a.s') iaitu Nabi Muhammad, Imam Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein a.s mempunyai inkarnasi yang lain selain dari 12 Imam?

Aba Sadiq a.s:
Ya, tetapi Imam a.s tidak bercakap tentang perkara ini kerana beliau a.s tidak mahu ia menjadi terlalu berat kepada manusia (untuk memahami/menerimanya).

Soalan 21:
Adakah boleh mengenali diri sendiri dan reinkarnasi kita, melalui perkara atau alat, seperti tempat kelahiran, atau kedudukan bintang-bintang dan sebagainya?

Aba Sadiq a.s:
Mengetahui reinkarnasi anda sebelum ini adalah sebahagian dari ujian dan adalah pasti akan tiba masanya setiap orang akan tahu apa yang tangan mereka lakukan/kemukakan. Dan ini adalah 'Pembalasan Kecil'. Dan kamu boleh mengetahuinya dengan cara berikut: Bapa a.s memberitahu kamu melalui saya, atau melalui salah seorang dari 12 lelaki.

Jawapan Aba Sadiq a.s di dalam bentuk audio:

http://www.mediafire.com/download/cr1cb ... iq_a.s.mp3

Soalan 22:
Jika seseorang mendapat rukyah (visi) bahawa dia adalah 'seseorang' (di inkarnasi terdahulu) apakah yang harus ia lakukan?. Adakah ia menberitahu Tuan secara 'detail' atau bagaimana?

Aba Sadiq a.s:
Kadang-kadang terdapat persamaan di antara inkarnasi-inkarnasi. Di zaman Nabi Yusuf a.s, saudaranya memusuhinya dan di zaman ini juga demikian. Jika seseorang mendapat rukyah, dia boleh mengirimnya kepada kami melalui orang yang bertanggungjawab bagi negaranya atau salah seorang yang bertanggungjawab bagi Iraq. Jika seseorang itu berada di luar Iraq dan tiada orang yang bertanggungjawab bagi negaranya maka ia boleh mengirim kepada orang yang bertanggungjawab bagi negara Iraq.

Soalan 23:
Bolehkah mengahwini orang yang tidak beriman?

Aba Sadiq a.s:
Ya, ia dibolehkan mengahwini seseorang yang tidak beriman, tapi adalah lebih baik mengahwini orang beriman. Dan Bapa a.s amat mengambil berat isu perkahwinan, dan Yusuf a.s amat mengambil berat tentang perkahwinan di antara sesama orang beriman. Dan Bapa a.s mahu orang beriman berkahwin, kerana mereka adalah masa depan dan keturunan suci adalah dari mereka. Allah SWT mengeluarkan yang baik/murni dari yang buruk/kotor dan sebaliknya, tapi adalah lebih baik jika ibu dan bapa adalah orang beriman.

Soalan 24:
Adakah Imam Hassan a.s juga akan kembali?

Aba Sadiq a.s:
Ya, Imam Hassan a.s akan kembali pada masa depan. Allah SWT tidak akan mencipta semula Imam Ali a.s. Dan di dalam semua keadaan roh Para Imam a.s berada di sekeliling kita.