User avatar
By AbdelRahman
#63519
Berikut adalah bahan-bahan bacaan sebagai pembuktian yang jelas dan kukuh terhadap risalah dakwah kepada Imam Ahmad Al Hassan a. s, utusan dari Imam Al Mahdi a. s dan pembuktian beliau a.s adalah bersama Panji-panji Hitam Timur (The Black Banners of the East)
User avatar
By Peja
#63526
Imam Ali (a.s) memberitahu kita berkaitan Sahabi Masr (Sahabat Mesir): Imam Ali (a.s) berkata: “Tiada sesiapa yang mengenalinya (sebagai Sahabat Mesir) walau beliau bersama mereka. Dia seorang penyabar seperti Aulia’ (yang terpilih oleh Allah (SWT)) dan dia akan mengangkat Panji Hitam. Demi Allah, dialah orang yang akan menyiapkan untuk Mahdi”.(17)

“Dia dikenali tetapi dia tersembunyi (statusnya sebagai Sahabat Mesir tidak diketahui)”.(18)

Setelah mendengar berita berkaitan 12 orang lelaki (a.s) yang kini membongkar kepalsuan pejabat Najaf, Abdullah Hashem telah memohon kepada Allah (SWT) agar beliau diberikan petunjuk kepada kebenaran dan sebaik sahaja mendapat jawabannya, beliau meyakini seruan dari 12 orang lelaki (a.s) yang mulia ini.

Abdullah mula menghasilkan beberapa video secara rahsia untuk menyeru dan memanggil manusia agar sedar akan pembongkaran yang besar ini dan mengangkat Panji Hitam Imam (a.s) ketika pihak pejabat Najaf masih terus memuji beliau dan ini membuktikan lagi bahawa orang yang mereka dakwa sebagai Imam itu adalah jahil terhadap perkara ghaib dan terahsia.

Beliau akhirnya keluar secara terbuka bersama mereka yang bersama-sama beliau dan mengumumkan secara rasmi penolakan; dan bantahan terhadap pejabat Najaf.

Ini adalah suatu tamparan dan pukulan yang hebat kepada Pejabat Najaf; dan semakin ramai yang sedar akan pendustaan yang telah berlaku.
Malangnya, masih ramai lagi yang tidak sedar dan mereka ini memilih untuk berpihak kepada Pejabat Najaf (Lembu Betina) yang berdusta ini dan kepada para ulama (Samiri) malah sebaliknya memilih untuk menyerang Abdullah Hashem; dan mereka yang beriman dengan mencaci, memfitnah; dan menghina mereka yang bersama Panji Hitam.

Pihak Pejabat Najaf telah mengarahkan pengikutnya agar tidak lagi berurusan dengan pendukung Panji Hitam di dalam apa juga sesi debat, perbincangan dan perbahasan. Jelas sekali ini adalah suatu taktik oleh mereka yang tidak mempunyai apa jua pegangan bukti dan dalil.

Ini sahaja adalah bukti jelas yang menelanjangkan mereka di pihak Pejabat Najaf kerana Nabi (SAW) dan para Imam (a.s) tidak pernah menyuruh pengikut yang beriman untuk mencaci, memfitnah; dan menghina penampilan fizikal sesiapa pun dalam usaha dakwah serta tidak pernah menyuruh lari; dan mengabaikan sebarang perbincangan yang rasional.
Sesiapa sahaja yang mempunyai akal, tatacara dan akhlak yang baik pasti akan sedar bahawa para Nabi (a.s); dan para Imam (a.s) adalah dari jauh dari mempunyai sikap sedemikian malah inilah pegangan setiap yang beriman sepanjang sejarah.

Rujukan:
(17)-Apa yang dikatakan oleh Imam Ali (a.s) berkaitan peristiwa akhir zaman.
(18)-Apa yang dikatakan oleh Imam Ali (a.s) berkaitan peristiwa akhir zaman.

Tidak pernahkah “para ulama dan pengikut mereka” ini pernah membuka lembaran Al-Quran; dan menemui ayat berikut?

Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): “Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya”.
Dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata;
“Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepada-Nya, serta taatlah kamu kepadaku;
“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”.
(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman);
“Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
“Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, – mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.(QS: Surah Nuh: 1-7)
User avatar
By Peja
#63601
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Allahumma sholli ala Muhammad wa aali Muhammad al Aimmah wal Mahdiyyin wa sallim tasliman kathira.

Pada hari kematian Raja Abdullah dari Arab Saudi (23 haribulan Januari 2015), 12 orang Ansar mendakwa mereka bertemu dengan Imam Mahdi a.s dan beliau a.s memberitahu kepada mereka tentang konspirasi yang berlaku terhadap Imam Ahmad Al-Hassan a.s sejak Imam a.s memasuki keghaiban “silence”/senyap.

Mereka menceritakan pelbagai perkara, tapi antara yang paling utama adalah mereka telah diberi “berita baik” bahawa Imam Mahdi a.s telah muncul kembali bersama-sama anaknya, Imam Ahmad Al-Hassan a.s.

Mereka juga memberitahu bahawa bendera putih telah ditukar kepada Bendera Hitam atas arahan Imam a.s. Dan setiap Ansar harus bertanya kepada Allah SWT tentang dakwaan ini sama ada ia benar atau tidak…dan mengikuti Bendera Hitam..

“Al-Qa’im tidak akan bangkit sehinggalah 12 orang lelaki mendakwa telah bertemu dengannya, dan mereka akan didustakan.” Hadith Imam As-Shodiq a.s dari kitab Ghaibah Al-Nu’mani, mukasurat 277.

Abu Abdullah (a.s) berkata: “Rasulullah (SAW) berkata: “Khabar gembira kepada sesiapa sahaja yang menyedari akan Qaim dari Ahlul Bait (a.s) dan mengikuti ajarannya sebelum kebangkitan Qaim, membantu pembantunya; dan meninggalkan musuh-musuhnya; dan mentaati (perintah-perintah) dari para Imam (a.s) yang memimpin sebelum beliau (a.s). Merekalah sahabat-sahabatku dan kecintaanku; dan yang paling terhormat dari kalangan umatku. Rifaa’ berkata: (dan ciptaan Allah yang paling mulia kepadaku)”.

Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Beliau (Al-Qaim) yang akan khuruj (keluar) tidak akan muncul sehingga telah muncul 12 lelaki (para 12 orang Imam (a.s)) dari Bani Hashim sebelum beliau, kesemua mereka menyeru manusia kepada mereka (a.s)”.

Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) berkata: “Zuhurnya (munculnya) Sufyani, Yamani dan Khurasani adalah pada satu tahun, satu bulan, satu hari, seperti susunan butiran manik-manik, sebahagian manusia akan mengikuti sebahagian dari mereka; dan akan berlaku kesengsaraan pada setiap wajah. Jauhilah orang-orang yang menjauhi mereka dan tidak ada panji yang lebih terpimpin dari panji Yamani, panji beliau adalah panji kepimpinan kerana beliau menyeru/memanggil kepada Sahib Al-Zaman (Pemilik Urusan/Al-Mahdi) kalian. Maka apabila Yamani zuhur (muncul), beliau akan mengharamkan ke atas semua manusia dan Muslim sebarang urusniaga senjata; dan jika Yamani zuhur maka bangkitlah kepada beliau. Sesungguhnya, panjinya adalah petunjuk dan tidak dibenarkan seorang Muslim pun untuk berpaling dari beliau. Dan sesiapa yang berpaling maka dia adalah dari penghuni neraka kerana beliau menyeru/memanggil kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus”

Di sini para Imam (a.s) yang suci menjelaskan kedudukkan dan jawatan Al- Yamani (a.s); dan menjelaskan juga kewajiban
untuk menyertai beliau (a.s); dan ingatlah bahawa Allah (SWT) hanya akan mewajibkan kita mentaati Imam yang maksum.

Rujukan:
(5)-Ghaybat Al-Toosi ms.456, Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.130.
(6)-Kitab Al-Ghibah oleh Sheikh Al-Tusi, ms.437. Al-Ershad oleh Sheikh Al-Mufid, Jilid 2, ms.327. E’lam Alhoda be’lam Alwara, Jilid 2, ms.280.
(7)-Ghaybat Al-Numani, ms.264.

Al-Asbagh Ibn Nabata berkata: “Aku pergi kepada Amirul Mukminin (a.s) dan aku mendapati beliau (a.s) sedang melakar garisan pada tanah, maka aku berkata kepada beliau (a.s): “Wahai Amirul Mukminin (a.s), kenapa aku melihat kamu (a.s) termenung dan melakar garisan pada tanah?”. “Apakah kamu (a.s) mendambakannya?”. Maka beliau (a.s) menjawab: “Demi Allah, aku tidak pernah mendambakannya atau mendambakan dunia ini, tetapi aku tadi berfikir tentang seorang lelaki yang akan dilahirkan dari anak keturunan kesebelasku, dialah Mahdi (a.s) yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan sebagaimana bumi ini sebelumnya dipenuhi dengan penindasan: dan kezaliman. Akan berlaku kekeliruan (pada manusia) dan keghaiban dirinya (a.s). Ramai manusia akan menjadi sesat (ketika keghaiban beliau (a.s)); dan segelintir akan mendapat petunjuk darinya”. Maka saya bertanya: “Berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi?”. Beliau (a.s) menjawab: “6 hari atau 6 bulan atau 6 tahun”.

Sepanjang enam tahun keghaiban Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), suatu pedustaan besar telah berlaku di mana beberapa lelaki yang secara fizikal pernah bersama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) mendakwa bahawa mereka menjalinkan hubungan komunikasi dengan beliau (a.s) dan mendakwa merekalah moderator (perantaraan) di antara beliau (a.s); dan manusia di muka bumi. Para pendusta ini telah menubuhkan pejabat di Najaf dan akaun ‘Facebook’ di atas nama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s). Sangat ramai dari kalangan yang beriman telah terperdaya oleh para pendusta ini (laknat Allah (SWT) ke atas mereka).

Rujukan:
(11)-Ghaybat Al-Toosi, ms.165, no. hadis 127.

Abaya Al-Asady berkata: “Aku mendengar Amirul Mukminin Imam Ali (a.s) berkata: “Demi sesungguhnya aku akan membina suatu mimbar di Mesir”. Maka saya berkata: “Wahai Amirul Mukminin, kamu berkata seperti kamu akan bangkit dari kematianmu”. Beliau (a.s) berkata: “Alangkah tersasarnya, wahai Abayah! Kamu telah masuk ke dalam mazhab yang salah, seorang lelaki dari keturunanku akan melakukannya”.

Juga disampaikan hadis dari beliau (a.s) ketika menyebut berkaitan Al-Mahdi (a.s) dan para sahabat beliau (a.s):
“…dan seorang yang AMAT BENAR akan berjalan bersama PANJI PETUNJUK…beliau kemudian pergi ke Mesir dan mendirikan mimbarnya dan bersyarah kepada manusia…dan memasukkan ilmu ke dalam hati orang-orang yang beriman. Maka tiada seseorang pun dari kalangan beriman yang memerlukan ilmu yang dimiliki oleh saudaranya dan ketika itu penafsiran ayat berikut menjadi kenyataan…..
“…maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurnia-Nya” (QS: Surah An Nisa’: 130). (10)

Di dalam hadis ini, beliau (a.s) telah menjelaskan bahawa Mimbar Mesir akan dibangunkan dahulu sebelum kehadiran Al-Mahdi (a.s) ke Mesir, bermakna ia adalah suatu pentas media yang dibina dan diatur oleh mereka yang beriman dan mulia di Mesir.

Pada tahun 2008 setelah beriman dengan seruan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), Abdullah Hashem dan sekumpulan mereka yang beriman berhijrah ke Mesir dan selama beberapa tahun seterusnya telah menghasilkan dan menyebarkan pelbagai bahan video dan media berkaitan seruan dakwah Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) ke empat penjuru bumi, tugas yang masih mereka laksanakan sehingga ke hari ini.

Rujukan:
(9)-Bihar Al-Anwar, Jilid 53, ms.59.
(10)-Bihar Al-Anwar, Jilid 53, ms.85 & Bisharat Al-Islam, ms.74.
S- L'Islam comme Religion ?

Salam, Les méchants mécréants vont payer. S-[…]

N- Nostradamus.

Salam, Le retour du Christ. N-8. Quatrain f[…]

K- La Caverne, Al-Kahf.

Salam, La Caverne ou Grotte. K-1. Entre la S[…]