Page 1 of 1

Senjata Yaqeen ( Ucapan aba Al Sadiq )

PostPosted:Sun Jun 19, 2016 2:47 pm
by Peja
Senjata Yaqeen

"Aku akan memberikan kepada kalian senjata yang Imam Ahmed Al Hassan a.s. telah berikan kepadaku dan ia adalah ayat (kata-kata) berikut:

"Sesungguhnya Allah swt tidak akan menyesatkan hamba-Nya yang ikhlas".

Jika seseorang itu benar-benar percaya dan berpegang kepada kata-kata ini dan benar-benar memahami 'kata-kata' ini maka 'Yaqeen' akan menjadi miliknya.

Apabila Imam Ahmad al-Hassan a.s. berkata dengan ayat atau kata-kata ini "Sesungguhnya Allah swt tidak akan menyesatkan hamba-Nya yang ikhlas" ia menjadikan seseorang itu merenung/memikirkan 'kata-kata' ini dan bertanya kepada diri sendiri:
"Adakah aku ikhlas?"
Jika kalian pasti bahawa kalian ikhlas dalam mencari kebenaran dan jika kalian 100% positif bahawa kalian menerima Seruan Dakwah ini bukan bertujuan untuk mengumpul wang, atau kemasyhuran atau mencari gelaran duniawi, maka yakinlah kalian bahawa Allah tidak akan sekali-kali menyesatkan kalian. Kerana Allah swt tidak akan menyesatkan sesiapa yang ikhlas. Adalah mustahil dan menjadi satu kezaliman di pihak Allah swt jika sedemikian, dan Allah swt adalah Maha Tinggi dan Maha Agung dari bersifat sedemikian."

~Ucapan Aba Al Sadiq a.s.
didalam paltalk pada 2 Mei, 2016