User avatar
By Peja
#65331
Diriwayatkan dari Salman Al-Farisi (a.s):

“Suatu ketika, aku datang menemui Rasulullah (SAWAS); apabila baginda (SAWAS) melihatku, baginda (SAWAS) bersabda: “Wahai Salman, Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia melantik 12 wasi bagi setiap nabi”.

“Ya, Wahai Rasulullah (SAWAS), kami telah mendengar (perkara) ini dari kedua-dua Ahli Kitab, Yahudi dan Nasrani”.

Baginda (SAWAS) berkata: “Akan tetapi, Wahai Salman, adakah kamu tahu siapakah wasi-wasiku, yang Allah MahaKuasa pilih sebagai para imam selepasku?”.

Aku berkata: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”.

Baginda (SAWAS) bersabda: “Ketahuilah Wahai Salman, Allah Yang Mahakuasa menciptaku dari cahaya-Nya yang istimewa; kemudian Dia (SWT) menyeruku dan aku menjawab ‘Labbaik’. Kemudian Dia (SWT) mencipta Ali (a.s) dari cahayaku dan kemudian Dia (SWT) menyerunya; dan dia (Ali) juga berkata ‘Labbaik’. Kemudian Dia (SWT) mencipta Fatimah (s.a) dari cahayaku dan cahaya Ali; dan kemudian Dia (SWT) menyerunya; dan dia (Fatimah) berkata: ‘Labbaik’. Kemudian Allah Yang Maha Kuasa mencipta Hassan dan Hussein dari cahayaku, Ali; dan Fatimah (s.a); dan menyeru mereka berdua; dan mereka juga menjawab ‘Labbaik’. Kemudian Allah Yang Maha Kuasa menamakan kami dengan lima dari nama-nama-Nya. Iaitu Allah adalah Mahmud dan aku ialah Muhammad; Allah adalah Ali dan dia (Ali) ialah Ali. Allah adalah Fatir dan dia (Fatimah) ialah Fatimah, Allah adalah Zul Ahsan; dan dia (Al-Hassan) ialah Hassan; Allah adalah Mohsin; dan dia (Al-Hussein) adalah Hussein.

Kemudian dengan cahaya kami dan cahaya Al-Hussein, Allah Yang Maha Kuasa mencipta 9 (orang) Imam dan menyeru mereka; dan mereka juga menjawab: ‘Labbaik’. Dan ianya adalah sebelum Allah Yang Maha Kuasa mencipta langit-langit atau melebarkan bumi atau mencipta angin, air, manusia; dan malaikat. Kami berada di dalam bentuk cahaya di dalam ilmu-Nya dan kami sentiasa memuji-Nya; dan mematuhi-Nya”

Salman bertanya: “Wahai Rasulullah (SAWAS), Semoga ibubapaku menjadi tebusanmu, apakah ganjaran bagi orang yang memperolehi Makrifat mereka?”.

Rasulullah (SAWAS) menjawab: “Wahai Salman, seseorang yang mendapat makrifat sebenar mereka dan mengikuti mereka; bersahabat dengan sahabat-sahabat mereka; dan memusuhi musuh-musuh mereka; dan berlepas diri dari (musuh) mereka; demi Allah, dia adalah dari kami; dan dia akan mengikuti kami ke mana sahaja kami pergi; dan bersama kami di mana sahaja kami tinggal”.

Salman bertanya: “Wahai Rasulullah (SAWAS), bolehkah seseorang yang beriman dengan mereka tanpa mengetahui nama-nama mereka dan nasab mereka?”

Baginda (SAWAS) menjawab: “Tidak.”

Aku bertanya (lagi): “Maka bagaimanakah aku harus beriman dengan mereka?”.

Baginda (SAWAS) menjawab: “Kamu mengenali mereka sehingga sampai kepada Al-Hussein; maka selepas Al-Hussein ialah ketua ahli ibadat, Ali bin Hussein (a.s), kemudian anaknya, Muhammad bin Ali Baqir, yang menjelaskan tentang sains para Nabi dan para Rasul yang terdahulu; dan terkemudian; selepasnya ialah Jaafar bin Muhammad, lidah Allah yang benar; kemudian Musa bin Jaafar Khadzim; kemudian Ali Ibni Musa Ridha; kemudian Muhammad bin Ali Mokhtar; kemudian Ali bin Muhammad Hadi; kemudian Hassan bin Ali Samit dan wali bagi agama Allah; kemudian Muhammad Ibni Hassan Mahdi, Natiq dan Qaim”.

Salman berkata: “Aku mula bercucuran air mata pada saat ini dan berkata: Wahai Rasulullah (SAWAS), sayang sekali Salman tidak akan dapat menyaksikan mereka di masa kezahiran mereka!”.

Nabi Suci (SAWAS) berkata: “Jangan bimbang, Wahai Salman, kamu dan orang-orang seperti kamu; dan mereka-mereka yang mengabdi kepada mereka, (iaitu) orang yang memperolehi makrifat sebenar (tentang) mereka, AKAN PASTI MENCAPAI ZAMAN MEREKA”

Aku bersyukur kepada Allah sebanyak-banyaknya dan kemudian bertanya: “Wahai Rasulullah (SAWAS), apakah aku akan terus hidup sehingga sampai ke saat itu?”.

Baginda (SAWAS) menjawab: “Wahai Salman, bacalah ayat berikut ini:

“Maka apabila datang saat janji (Kami) yang pertama dari dua (Janji Kami) itu, Kami datangkan kepada kalian hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka marajalela di rumah-rumah dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar”.-(Surah Al-Isra’, 17: 5-6)

Salman berkata: Aku mencucurkan lebih banyak air mata kerana kerinduan yang amat sangat dan kemudian aku berkata: “Wahai Rasulullah (SAWAS), adakah ini janji kamu?”.

Baginda (SAWAS) menjawab: “Ya, demi Dia yang mengutuskan Muhammad sebagai seorang Rasul, ini adalah janjiku berkenaan Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussein; dan 9 Para Imam selepas mereka; sebaliknya semua orang beriman; dan setiap yang menjadi mangsa, MEREKA SEMUA AKAN MENGALAMI RAJA’AH. Kemudian Iblis dan bala tenteranya di tampilkan; dan orang-orang beriman yang sejati serta orang-orang kafir sepenuhnya juga akan di datangkan semula maka pembalasan akan di ambil ke atas mereka; dan Allah Yang Maha Kuasa tidak akan berlaku zalim kepada sesiapapun; dan kami (Ahlulbait) adalah tafsiran ayat berikut ini:

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka para Imam; dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi), Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi; dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka khawatirkan dari mereka itu”.-(Surah Al-Qashash 28: 5-6)

Salman berkata: “Selepas itu aku bangkit dari pertemuan dengan Rasulullah (SAWAS) dan tidak lagi bimbang sekiranya maut menjemputku”.-(Bihar Al-Anwar)
L- La Mère des Cités.

Salam, La jeune fille, mère du Fils de l’homme[…]

بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين […]

Ç- Prière (Çalat).

Salam, Diverses manières de prier. Ç- 2. Tou[…]