User avatar
By Peja
#65208
KEDATANGAN KEMBALI IMAM MUSA AL KADZIM A.S

Khutbah Jumaat Sheikh Kadhumi:
Imam Musa Al kazim berkata, tidak ada suatu saat pun tanpa hujjah Allah di atas muka bumi. Akulah hujjah Allah yang jelas dan tersembunyi di kalangan manusia. Akulah hujjah Allah pada Yawm Maqlum (Hari Yang Diketahui/Ditentukan). Akulah yang berbicara bagi pihak Rasul. Akulah pada pada zamanku iaitu Musa Alkazim.
Imam Musa Al kazim berkata, tiada suatu saat pun tanpa hujjah Allah di atas muka bumi ini.
Banyak hadis Ahlulbait yang merujuk perkara atau maksud ini.
lmam Zain Al Abideen (a.s) berkata: "Tidak ada suatu saat pun tanpa kehadiran hujjah Allah di atas muka bumi semenjak Allah menciptakan Adam, zahir dan dikenali atau ghaib dan tersembunyi, kerana keberadaan seorang Imam di bumi adalah seumpama tali pusat yang memberikan kehidupan kepada bayi di dalam kandungan, sekiranya ia di potong maka bayi akan mati. Dan jika bumi tanpa kehadiran seorang Imam maka bumi ini akan mati.
Dan beliau a.s berkata: Akulah hujjah Allah yang jelas dan yang tersembunyi di kalangan manusia.
Akan tetapi kita tahu bahawa Musa Al Kazim adalah seorang imam yang jelas dan di kenali di kalangan manusia, bukannya seorang imam yang ghaib dan tersembunyi.
Lalu, mengapa beliau, lmam Musa Al Kazim (a.s) berkata sedemikian? Akulah seorang imam yang ghaib dan tersembunyi.
Kita semua tahu bahawa Imam Al Mahdi adalah satu-satunya imam yang ghaib dan tersembunyi dari kalangan para imam ahlulbait a.s.
Ini bermakna ada rahsia disebalik pekara ini. Beliau a.s ingin mengingatkan kita kepada satu pekara besar.
Dan beliau (a.s)berkata: "Akulah Hujjah Allah pada Yawm Maqlum (Hari Yang Di Ketahui/Di Tentukan)".
Apakah maksud Yawm Maqlum?
Wahab bertanya kepada lmam Al Sadiq berkenaan (Iblis) dalam firman Allah:
(رب فأنظرني إلى يوم يبعثون * قال فإنك من المنظرين * إلى يوم الوقت المعلوم(
{Berkata iblis: "Ya Rabbku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari kiamat“,
Allah berfirman: "(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan/al-Yaum Maqlum) Surah al-Hijr 36~38
Wahab bertanya kepada lmam Al Sadiq (a.s) : Hari yang mana satu kah yang dikatakan "Yawm Maqlum"?
lmam Al Sadiq (a.s) berkata kepadanya: Adakah kamu menyangkakah ianya Hari Kiamat? Tidak, ia ialah ketika kebangkitan lmam Al Mahdi.
Jika lmam Al Mahdi keluar, beliau akan membunuh Iblis, itulah yang dikenali sebagai "Yawm Maqlum".
Sekarang, kita mengetahui dari hadis ini bahawa "Yawm Maqlum" adalah ketika kebangkitan lmam Al Mahdi .
Jadi, mari kita kembali kepada kata-kata lmam Musa Al Kazim (a.s) :
(Akulah Hujjah Allah pada ketika al-Yawm Maqlum) .
Ini bermakna, lmam Musa Al kazim (a.s) akan datang kembali ketika kebangkitan lmam Al Mahdi (a.s).
Ini bermakna kita mempunyai dua orang Hujjah Allah pada ketika "Yawm Maqlum" dan mereka ialah lmam Al Mahdi and Imam Musa Al kazim di dalam salah satu inkarnasinya.
Tetapi kita mempunyai hadis lain yang menyatakan bahawa lmam Hussain akan datang kembali bersama lmam Al Mahdi pada ketika "Yawm Maqlum".
lmam Baqir (a.s) berkata: lmam Hussain berkata kepada para sahabatnya pada malam 10 Muharram: "Demi Allah kita akan kekal selepas kesyahidan dan Allah akan mengembalikan kita semula apabila Al-Mahdi muncul.
lmam Al Sadiq (a.s) berkata: "Apabila lmam Al Mahdi wafat, lmam Hussain akan memandikan, mengafankan, menghunut dan meletakkannya di dalam liang kubur.
Dan lmam Al Sadiq (a.s) berkata: Tiada yang datang selepas seorang pengganti ( imam ) kecuali (ia juga) seorang pengganti.( imam ).
Jadi, daripada kata-kata ini dapatlah kita fahami bahawa: lmam Hussain, lmam Al Mahdi dan lmam Musa Al kadzim adalah tiga orang imam yang harus ditaati pada ketika "Yawm Maqlum".
Tetapi pekara ini bersalahan kerana Ahlulbait berkata: Tidak ada dua imam yang berbicara pada masa yang sama.
Husham bin Salim bertanya kepada lmam Al Sadiq (a.s): Mungkinkah ada dua orang imam pada waktu ini?
Beliau a.s menjawab: Tidak, hanya salah satu dari mereka, satunya diam dan satu lagi berbicara. Tidak berlaku dua imam berbicara pada masa yang sama.
Jadi, dapatlah kita simpulkan dari kesemua ini bahawa semestinya lmam Musa Al kazim a.s adalah lmam Hussain a.s.
Sekarang, kita kembali lagi melihat kata-kata lmam Musa Al kazim (a.s):
(Akulah pada zamanku Musa AlKazim).
Ini bermakna beliau mempunyai reinkarnasi lain dan nama lain.

Wasiat Nabi Muhammad pada malam kewafatannya memberitahu kepada umatnya:
Akan ada Imam yang datang bersama lmam Al Mahdi , namanya adalah Ahmad.
Maka kesimpulannya ialah lmam Musa Al kadzim (a.s) adalah lmam Hussain dan Ahmad.

Terjemahan post daripada dawnoftheage 11 Jan 2017

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]