User avatar
By Peja
#64175
*Doktrin Al-Raj'ah*

Sebelum kita pergi kepada riwayat-riwayat di dalam bab seterusnya, izinkan kami membincangkan terlebih dahulu tentang doktrin (prinsip-prinsip) Al-Raj'ah kerana sebahagian dari riwayat-riwayat ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan ini. Kita tidak akan pergi kepada asas doktrin ini kerana kebanyakan bahan untuk topik ini boleh didapati di internet akan tetapi izinkan kami mengutarakan sebuah riwayat yang meringkaskan keseluruhan doktrin Al-Raj'ah.

Di dalam *"Tafsir Al-Qummi"*, Jilid 2 halaman 33, kita dapati ada dua 'percakapan' yang mempunyai persamaan di antara Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) dengan Hamaad dan Bakr bin Muhammad Al-Azdi:

*Imam Shodiq (a.s) berkata: "Apa yang orang ramai katakan berkenaan ayat (Al-Quran) ini: 'Dan pada hari di mana Kami kumpulkan dari setiap umat satu golongan (faujan)'?*
(Surah Al-Naml, Ayat 83)

*Aku menjawab: 'Mereka berkata ayat itu berkenaan Hari Pembalasan'.*

*Beliau (a.s) berkata: 'Ianya bukan seperti yang mereka katakan – (sebenarnya) ia merujuk kepada Al-Raj'ah. Apakah Allah mengumpulkan (Yahshur) hanya satu golongan dari setiap umat dan meninggalkan yang lain?. Sesungguhnya ayat yang merujuk kepada Kiamat ialah: 'Dan Kami akan mengumpulkan mereka tanpa meninggalkan seorang pun dari mereka'*
(Surah Al-Kahf, Ayat 47)

Sekarang, di dalam bab ini kita hanya membincangkan tentang kritikan lazim berkenaan tentang Al-Raj'ah oleh golongan Nawasib.

Azam Tariq di dalam *"Khutbaat-e-Jail"* halaman 230 dan 231 membincangkan doktrin Al-Mahdi (a.s) di bawah tajuk kecil *"Kepercayaan Mazhab Syiah tentang Raj'ah dan pengenalan tentang Imam ke 12"*.

Beliau memulakannya seperti berikut:

*"Hanya ada peringkat alam Barzakh sebagai perantaraan di antara kematian dan hari pembalasan (kiamat); dan tidak terdapat alam (peringkat) lain, terutamanya kemunculan semula atau kembali semula seseorang yang telah mati sebelum kiamat…; dan kemudiannya mati sekali lagi; dan kembali ke alam Barzakh adalah mustahil sama sekali……"*

Kemudiannya di bawah tajuk *"Pengenalan kepada keparcayaan Al-Raj'ah di dalam Mazhab Syiah"* dia mengemukakan hujah sokongan dari kitab *"Ahsan Al-fawaiyd fi Sharah Al-'Aqaiyd"* yang menyatakan seperti berikut:

*"Melalui ayat-ayat (Al-Quran), riwayat-riwayat yang banyak dan melalui ulama-ulama terdahulu; dan sekarang, kamu dapat mengetahui bahawa konsep Al-Raj'ah adalah benar; dan autentik; dan tiada sebarang keraguan langsung (berkenaannya). Orang yang memungkirinya (menolaknya) adalah terkeluar dari sempadan Islam kerana kepercayaan (keyakinan) tentangnya (Al-Raj'ah) adalah di antara kepercayaan yang paling utama di dalam Mazhab Imamiyah. Hadis-hadis berkenaan ujian-ujian di jalan(kebenaran) dan imbangan keadilan; dan sebagainya., deskripsi tentang Hari Pengadilan yang merupakan bahagian penting di dalam agama, adalah tidak lebih dapat dipercayai, banyak, atau logik dari apa yang kita temui tentang kepercayaan berkenaan Al-Raj'ah.*

*Sebahagian perkara yang spesifik atau terperinci berkenaan Al-Raj'ah mungkin menjadi kontroversi sama seperti kontroversi yang kita temui di dalam spesifik dan keterperincian di dalam perkara berkenaan Hari Pengadilan, sekalipun di situ tiada sebarang kontroversi berkenaan fakta bahawa Al-Raj'ah adalah satu konsep yang autentik; dan satu kepercayaan di dalam Islam.*
*"Dari itu adalah penting untuk beriman dengan Al-Raj'ah dan bahawa sebahagian mukmin yang ikhlas; dan sebahagian kafir yang sejati akan dihidupkan kembali, akan tetapi keterperinciannya kita serahkan kepada Imam"*
–[*"Ahsan Al-fawaiyd fi Sharah Al-‘Aqaiyd"* oleh Sheikh Abu Jaafar Ali bin Hussein, halaman 322]…

Ia disebut di dalam kitab *'Tuhfat-ul Awaam'*

*"dan adalah wajib untuk mempercayai (beriman) berkenaan Al-Raj'ah yang menyatakan bahawa apabila Imam Mahdi datang (kembali), sebahagian (yang terpilih) orang beriman sejati (mukmin); dan sebahagian orang kafir; dan munafik akan dihidupkan kembali; dan setiap dari mereka akan mendapat keadilan; dan penghukuman; dan orang yang bersalah akan mendapat hukuman; dan seksaan..*
(*"Tuhfat-ul Awaam"*, halaman 5)…

Dari dua kitab yang dianggap sebagai sumber authoritatif (berwenang) dikalangan syiah, kita dapat memastikan bahawa kalangan yang menolak Al-Raj'ah adalah terkeluar dari sempadan Islam, maka adalah harus dinyatakan bahawa kesemua kita, orang-orang Islam adalah sepenuhnya dan sememangnya menolak; dan menafikan Al-Raj'ah; dan nenek-moyang kita mungkin tidak pernah mendengar tentang hal (kepercayaan) ini……."
( *"Khutbat-e-Jail"*, halaman 232 dan 233)

*Jawapan*

Terdapat banyak fakta-fakta yang membenarkan (bukti koroboratif) dari Al-Quran dan hadis-hadis autentik, membuktikan bahawa konsep Al-Raj'ah yang akan bermula selepas kemunculan Imam Mahdi (a.s). Ramai personaliti-personaliti di dalam sejarah yang terkenal sebagai musuh utama dan penjahat terulung; dan juga mangsa-mangsa mereka yang tidak berdosa, orang-orang beriman yang ikhlas; dan soleh akan dikembalikan di dalam kehidupan ini agar keadilan akan dapat ditegakkan segera; dan (ianya berlaku) didunia ini. Kepercayaan ini tidak hanya terbatas kepada pengikut Syiah sahaja, Al-Quran, himpunan Hadis-hadis dan malah pengikut Nabi-Nabi terdahulu juga mengesahkan (menyokong) perkara ini (Al-Raj'ah).

Kami dapati di dalam Bible/Injil, di bahagian akhir Kitab Daniel menyatakan bahawa apabila Kerajaan Syurga tiba, orang-orang paling suci (mulia) dan orang yang paling jahat akan dihidupkan kembali supaya mereka menerima pembalasan yang setimpal; dan ganjaran di dunia ini. Juga perkara yang sama dapat kita baca di dalam Kitab Yohanna di dalam Bible/Injil, iaitu bab ke-19, bahawa (semakin hampir berlakunya) Hari Pengadilan akan ditandai apabila Jesus dari Nazareth datang kembali sebelum Kiamat. Musuh Utama dan Personaliti (Sosok) paling kejam; dan jahat sepanjang zaman akan dibangkitkan kembali bersama mangsa kekejaman mereka iaitu segolongan orang-orang soleh; dan benar. Ianya terjadi supaya menjadi contoh (gambaran) Hari Pengadilan yang dipertontonkan di sini iaitu di dunia ini.

Kaum Yahudi sebelum kemunculan Islam mempercayai (beriman) dengan Al-Raj'ah mengikut ayat-ayat Suci (Taurat) mereka namun kemudian menolak kepercayaan ini kerana kebencian mereka kepada Islam dan atas sebab-sebab peribadi. Ketika membincangkan kepercayaan Kaum Yahudi, Allamah Abdul Karim Sharastani menulis:

مسائلهم تدور على‏:‏ جواز النسخ ومنعه وعلى التشبيه ونفيه والقول بالقدر والجبرن وتجويز الرجعة واستحالتها‏ ۔۔۔ وأما جواز الرجعة‏:‏ فإنما وقع لهم من أمرين‏:‏ أحدهما حديث عزير عليه السلام إذ أماته الله مائة عام ثم بعثه والثاني حديث هارون عليه السلام

*"Perkara-perkara (kepercayaan) Kaum Yahudi berkisar sekitar (perkara-perkara berikutnya), alasan dan ketiadaan alasan-alasan bagi pembatalan, pembentukan ('establishment') Qias; dan penafiannya, pembentukan kebebasan makhluk; dan kepercayaan keterikatan takdir; dan penafiannya; dan pembentukan Rajat; dan kemustahilannya…Pernyataan (kepercayaan) pembentukan Rajat muncul kerana dua sebab, pertama kerana riwayat (hadis) berkenaan Aziz (a.s) yang mengikut riwayatnya di mana Allah mematikannya selama seratus tahun dan kemudian menghidupkannya kembali. Kedua kerana kisah (kejadian) Nabi Harun (a.s)".*
(*"Al-Milal Wal-Nihal"*, Jilid 1, ms.211 dan 212, terbitan Cairo (Kaherah))

Mungkin Abdul Karim Sharastani gagal untuk mencermati di dalam kajiannya berkaitan dengan Bible/Injil, jika dia membaca Kitab Daniel (Book of Daniel) maka dia tidak akan hanya memetik riwayat berkenaan Aziz (a.s) dan Harun (a.s) akan tetapi ia juga akan merujuk Bible/Injil sebagai sandaran bukti.

*Kecurangan Penulis*

Malangnya, penulis dibutakan oleh sikap tidak ada toleransi dan kebenciannya kepada Syiah, telah melakukan kecurangan yang menyolok mata di dalam bukunya apabila ia memetik ayat dari kitab *"Ahsan Al-fawaiyd fi Sharah Al-'Aqaiyd"* yang berbunyi seperti berikut:

*"Para penafinya (Al-Raj'ah) adalah berada di luar sempadan Islam".*

Penulis telah menghilangkan perkataan *"Iman"* dari ayat tersebut dan menukarnya dengan perkataan *"Islam"*; dan oleh kerana itu memusnahkan kredibilitinya sendiri. Manakala pengarang kitab *"Ahsan Al-Fawaiyd"* yang terpelajar, sebenarnya memetik kata-kata dari kitab *"Haqq Ul-Yaqeen"* oleh Allamah Sayyid Abdullah Shabar (Rahmatullah 'alaih) selepas menterjemahnya ke dalam bahasa Urdu dari bahasa asalnya iaitu bahasa arab yang mana perkataan *"Zumrah Iman"* dinyatakan (ditulis).

*Penerimaan Al-Raj'ah oleh para sahabat Nabi yang terkenal*

Telah berabad lamanya kita mendengar dari golongan Nawasib tentang kepercayaan (palsu) yang dicetak oleh mereka iaitu 'menghormati' dan mengikut (mengambil panduan) dari setiap sahabat Nabi; dan dari kepercayaan ini orang ramai membuat tindakan Takfir (mengkafirkan) terhadap golongan Syiah. Namun begitu, di sini tiada keperluan untuk menyatakan dengan lebih lanjut tentang kepercayaan karut golongan Nasibi ini, tapi sebagai satu imbasan kenangan, izinkan kami memetik komen dari Ulama Sunni Muhammad Al-Khamis, yang menulis di dalam kitabnya, *"Etiqad Ahl al-Sunnah"*, halaman 135:

وجوب اتباع الصحابة والتابعين في جميع مسائل الدين

*"Mengikut (mengambil panduan) dari Sahabat dan Tabi'in adalah kewajiban di dalam semua pekara dalam agama"*

Kami membaca perkara yang sama di dalam kitab *"Ejmal Al-Isaba"* oleh Khalil Al-Alaaei (wafat. 761 H), halaman 66:

أن التابعين أجمعوا على اتباع الصحابة فيما ورد عنهم والأخذ بقولهم والفتيا به من غير نكير من أحد

*"Terdapat Ijma di kalangan Tabi'in supaya mengikuti Sahabat, mengikut pendapat mereka dan memberi fatwa berpandukan kata-kata mereka tanpa sebarang penghukuman"*

Imam bagi golongan Salafi, Ibn Qayim di dalam kitabnya *"Elam al-Muwaqeen"*, Jilid 4, halaman 123 menulis di dalam bab yang terpisah berkaitan pembuktian kewajiban mentaati para sahabat dan memberi tajuk bab itu sebagai berikut:

الادلة على ان اتباع الصحابة واجب

*"Pembuktian (hujah) kewajiban mengikut para sahabat"*

Oleh kerana Nawasib mentakzimkan para sahabat sehingga sampai ke tahap mendewakan mereka dengan *'nilaian'* di dalam hadis *"Para sahabatku seumpama bintang-bintang di langit dan kamu akan selamat tidak kira yang mana satu kamu ikuti"*, maka izinkan kami mempersembahkan biografi salah seorang sahabat terkenal, Abul Tufail (r.a). Imam Ibn Qutaibah menulis berkaitan beliau:

أبو الطفيل عامر بن واثلة رأى النبي صلى الله عليه وسلم وكان آخر من رآه موتا ومات بعد سنة مائة وشهد مع علي المشاهد كلها وكان مع المختار صاحب رايته وكان يؤمن بالرجعة

*"Abul Tufail Aamir bin Wathla (r.a) melihat (dapat bersama) Nabi SAW dan adalah dari kalangan mereka-mereka yang beruntung dapat berjumpa Nabi kita; dan adalah sahabat paling terakhir wafat iaitu pada tahun 100 A.H. Beliau terlibat di dalam semua peperangan bersama (Imam) Ali, dia adalah pemegang panji di dalam pasukan Mokhtar (Al-Tsaqafi) dan beriman dengan Al-Raj'ah".*
(*"Kitab Al-Ma'arif"*, halaman 149, terbitan Egypt(Mesir)).

Kita juga mendapati di dalam *"Sahih Muslim"*, Kitab ke-30, Nombor 5777:

*"Jurairi meriwayatkan: Aku berkata kepada Abu Tufail: Adakah kamu melihat (berjumpa) Rasulullah (SAW)?. Beliau berkata: Ya, Baginda mempunyai wajah tampan yang putih".*

Muslim bin Hajjaj berkata: *Abu Tufail wafat tahun 100 Hijrah adalah sahabat Nabi (SAW) yang terakhir*.

Di dalam kitabnya *"Al-Kashif"*, Jilid 1, halaman 527, Imam Dahabi menyatakan:

*"Beliau (Abu Tufail) adalah penutup para Sahabat"*

Ibn Hajar menyatakan di dalam *"Taqrib Al-Tahdib"*, Jilid 1, halaman 464:

*"Beliau (Abu Tufail) adalah sahabat yang terakhir wafat"*

Imam Jalaluddin Suyuti merekodkan di dalam *"Esaf Al-Mubata"*, halaman 52:

وهو آخر الصحابة موتاً

*"Beliau (Abu Tufail) adalah sahabat yang paling terakhir wafat"*

Ibn Hajar di dalam kitabnya *"Tajeel Al-Manf'a"*, halaman 160 dan Ibn Kathir di dalam *"Al-Bidayah Wa Al-Nihayah"*, Jilid 9, halaman 215 mencatatkan bahawa beliau (Abu Tufail) adalah seorang sahabat Nabi, Imam Ibn Hazm mencatatkan di dalam *"Al-Muhala"*, Jilid 3, halaman 174:

أن أبا الطفيل صاحب راية المختار وذكر أنه كان يقول بالرجعة

*"Aba Al-Tufail adalah pemegang panji di dalam pasukan Al-Mokhtar dan disebutkan bahawa dia beriman dengan Al-Raj'ah"*

Aamir bin Wathla Abul Tufail (r.a) adalah sahabat yang baik bagi Rasulullah (SAW). Beliau seharusnya diberi penghormatan, sanjungan dan pertimbangan yang sama seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Maka berdasarkan itu, kepercayaannya terhadap Al-Raj'ah adalah bukannya tidak berasas atau sekadar satu "Ijtihad". Ianya bukan satu perkara yang mana tekaan digunakan bagi mewujudkan kepercayaan itu (Al-Raj'ah). Dapat difahami bahawa beliau berpandukan Al-Quran atau mendengar dari Nabi (SAW) ketika hayat beliau dan di dalam kes ini tiada sesiapa seharusnya beranggapan satu kesilapan di dalam "ijtihad"nya. Dengan berpandukan *"nilaian"* hadis, *"Para sahabatku seumpama bintang, kamu akan selamat tidak kira yang mana (salah seorang) yang kamu ikuti"* maka kepercayaan sahabat ini (Abu Tufail) adalah tidak ada cacat celanya bagi mewakili kepercayaan yang benar dan Islam; dan orang-orang yang mengikuti beliau di dalam beriman dengan Al-Raj'ah adalah juga seharusnya adalah orang beriman yang berada di jalan kebenaran. Adalah karut jika mendakwa bahawa Al-Raj'ah tidak bersesuaian dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Jika di sini kita mengatakan sepertimana kepercayaan Nasibi bahawa Al-Raj'ah adalah tidak Islamik maka pernyataan ini adalah satu fitnah terhadap sahabat sepertimana yang kita sebutkan sebelum ini. Jika ada cubaan dibuat untuk menyerang beliau (Abu Tufail) kerana beliau seorang Syiah, maka di mana kita hendak letakkan kepercayaan bahawa semua sahabat adalah benar (adil)?.

Jika Sipah-e-Sahaba memberontak terhadap sahabat maka siapa yang akan membela mereka?.

Ketika menulis tentang sahabat Nabi (Abu Tufail) ini, Imam Dhahabi menulis:

واسم أبي الطفيل عامر بن واثلة بن عبد الله بن عمرو الليثي الكناني الحجازي الشيعي. كان من شيعة الإمام علي.

*"Nama sebenar Abul Tufail ialah 'Aamir bin Wathla bin Abdullah bin Umar Ishi Kinani Hijazi, adalah seorang Syiah. Beliau adalah adalah salah seorang Syiah Imam Ali".*
(*"Siayr Aa'laam Al-nabla"*, Jilid 3, halaman 468)

Bukan hanya ini, malah beliau di masukkan ke dalam senarai 'Rafidhah Pelampau' oleh Ibn Qutaibah di dalam kitabnya *"Al-Maarif"*, halaman 340.

Beliau memang seorang Sahabat yang bermazhab Syiah/Rafidhi. Imam Ali (a.s) memandang tinggi beliau di kalangan sahabat Nabi (SAW). Beliau beriman dengan Al-Raj'ah. Kepercayaan tentang Al-Raj'ah ini bukan satu tekaan atau satu pandangan peribadi akan tetapi sebenarnya adalah satu pelajaran yang beliau terima dari Imamnya, Ali bin Abi Talib (a.s) dan kesan dari berdampingan dengan aura kebenaran. Dari itu kepercayaan Syiah ini adalah amat bersesuaian dengan Al-Quran dan Sunnah.

*Penerimaan Al-Raj'ah oleh para pengkaji Ahli Sunnah*

Apabila Imam Mahdi (semoga Allah mempercepatkan kedatangannya) muncul maka sebahagian dari Para Nabi (a.s) termasuk Nabi kita (SAW) dan Para Imam (a.s) dari kalangan Ahlulbaitnya juga orang-orang beriman yang sempurna imannya akan kembali ke dunia ini, agar mereka dapat menyebarkan keadilan di mukabumi ini, bergabung dengan sukacita; dan penuh kerahmatan bersama-sama Imam Mahdi (a.s); dan bersama-sama memerangi musuh-musuh Allah; dan memberi pembalasan; dan dapat membalas dendam mereka.

Dan kepercayaan ini tidak terbatas hanya kepada golongan Syiah sahaja malah ulama terkemuka dan berpengaruh dari kalangan Ahli Sunnah juga menerima realiti ini.

Mullah Muhammad Moin Ibn Muhammad Amin Al-Sindi (wafat, 1161 H), anak murid kepada Shah Waliullah Dehlvi menulis:

*"Aku diberitahu oleh orang berilmu tertentu bahawa barangsiapa mati dengan kecintaan yang sebenar-benarnya kepada Imam Mahdi di dalam hatinya dan tidak sempat hidup di masa kemunculannya akan dibangkitkan (dihidupkan kembali) oleh Allah bersama-sama dengan kemunculan Imam, maka orang itu mendapat (jaminan) kejayaan di dalam kebersamaannya dengan Imam yang mulia. Ini adalah yang dinamakan Al-Raj'ah di zaman Imam Mahdi (a.s)"*.
(*"Derasat Al-Labib fi Al-Auswa Al-Hasana bel Habib"*, halaman 219-220)

Kita dapati pengkaji yang adil dari kalangan Ahli Sunnah mengesahkan dan memperkuatkan kepercayaan tentang Al-Raj'ah dengan cop izinnya. Mereka-mereka yang masih menganggap ia (Al-Raj'ah) sebagai tidak masuk akal (logikal) seharusnya pergi mencari pakar sakit jiwa bagi mendapat pertolongan profesional.

Selanjutnya, Doktor Hamid Hafni Dawood adalah Ulama Sunni dari Mesir yang mengajar di Aligrah Islamik universiti di India dan adalah murid kepada ulama terkenal sunni Sheikh Muhammad Zahid Al-Kawthari (wafat, 1371 H) menegaskan atau mengesahkan konsep Al-Raj'ah di dalam bukunya *"Nadrat fi Al-Kutub Al-Khalida"*, halaman 180-181:

Pernyataan mengejek terhadap Syiah berkaitan Al-Raj'ah adalah perbuatan atau sifat seorang yang tidak membaca Al-Quran dengan cermat…di mana (adakah dia tidak membaca) Ahmad Amin berkenaan kisah Uzair, di mana dia berkenaan kisah sahabat gua (Al-Kahfi) dan ayat lengkap dari firman Allah ini adalah sudah memadai:

*"Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang (Uzair) yang melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?". Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?". Ia menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging". Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) diapun berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".*
(Surah Al-Baqarah, Ayat 259)

Moyang kepada Ashraf Ali Thanvi percaya kepada Al-Raj'ah datuknya.

Kita dapati ada kejadian menarik di dalam *"Ashrafus-Sawaneh"*, Jilid 1, halaman 12 (biografi Ashraf Ali Thanvi) berkenaan moyangnya, Muhammad Farid:

Dia turut bersama di dalam rombongan perarakan perkahwinan apabila mereka diserang oleh kumpulan perompak. Muhammad Farid terbunuh di dalam mempertahankan perarakan itu dan dikebumikan berhampiran pusara Pir Samauddin. Upacara Urs dilakukan di pusaranya selama bertahun-tahun.

Penulis biografi mencatatkan:

"Selepas kematiannya kejadian pelik berlaku. Pada waktu malam, dia pulang ke rumahnya seakan-akan dia masih hidup dan membahagikan manisan kepada ahli keluarganya; dan berkata, 'Jika kamu semua tidak memberitahu (tentang kedatangannya) kepada sesiapapun, aku akan terus datang seperti ini'. Namun ahli keluarganya bimbang jikalau orang ramai mengesyaki sesuatu apabila melihat kanak-kanak ahli keluarganya memakan manisan, lalu memceritakan kejadian itu dan selepas itu dia tidak lagi datang".
(*"Ashraf us Safaneh"*, Jilid 1, halaman 12)

Azam Tariq dan orang-orang Nasibi yang berfikiran sama dengannya menegaskan sesiapa yang mempercayai yang seseorang dihidupkan kembali sebelum kiamat adalah kafir. Kami menjemput pengikutnya supaya merenung dengan lebih di dalam akan rujukan ini. Moyang kepada Imam Besar kamu bangkit dari kubur, malah membahagikan manisan kepada cucu-cucunya. Jika golongan Nawasib bersedia menerima Al-Raj'ah berlaku kepada manusia biasa, mengapa membenci kami yang beriman kepada Al-Raj'ahnya Para Aulia' dan Para Nabi di era kemunculan Imam Mahdi (a.s)?.
T- La Table Servie.

Salam, Sur une Table. T-16. Cela s’est pass[…]

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]