#64101
Debat dan bukti daripada Imam Ali a.s mengenai penjelmaan semula ( Al-Raja'a

*Diriwayatkan daripada Baker Al-Yashkari yang dia telah berjumpa dengan Amirul Mukminin dan bertanyakan kepada beliau:* *"Wahai Amirul Mukminin, adakah Abu Mo'tamir telah mengatakan sesuatu baru-baru ini yang mana hati ku tidak dapat untuk menerima nya?"*

*Imam Ali a.s berkata: "Apakah yang telah dia katakan?"*
*Jawab nya:" Dia mengaku yang kamu telah memberitahunya yang mana kamu telah mendengari nya daripada Rasulullah s.a.w.a.s bahawa Baginda bersabda:*
*"Kita telah melihat lelaki yang lebih tua daripada ayah nya."*

*Imam Ali a.s berkata:*
*"Ini kah yang menyebabkan kamu tidak dapat menerima nya?"*
*Dia menjawab:"Ya, adakah kamu mempercayai nya atau kamu mengenali lelaki tersebut?".*

*Imam Ali a.s menjawab:*
*"Dengar dengan teliti akan apa yang akan aku kata kan kepada mu. Uzair a.s telah meninggalkan keluarganya ketika isteri nya sedang sarat mengandung 9 bulan. Allah telah menghukum nya* *[ Allah telah mematikan nya selama seratus tahun dan menghidupkan nya kembali] jadi, uzair telah kembali kepada keluarga nya di dalam keadaan umur 50 tahun. Anak nya mengalu-alukan kepulangan nya tetapi anak nya dalam keadaan umur seratus tahun. Kemudia Allah membuatkan Uzair kembali seperti sebelumnya ." (di dalam keadaan remaja semula)*

*Al Yashkari berkata:*
*"Ada lagi wahai Amirul Mukminin".*
*Imam Ali a.s: "Katakan lah apa yang kamu mahu kan"*

*Al-Yashkari:"Ada beberapa sahabat mu mengaku yang mereka akan kembali semula selepas mati."*

*Amirul Mukminin menjawab:"Ya, kata kan lah apa yang kamu dengari tanpa menambah sedikit pun. Apa yang telah kamu kata kan kepada mereka?."*

*Al-Yashkaari berkata: "Aku berkata yang aku tidak mempercayai nya."*

*Amirul Mukminin: "Kenapa kamu berkata demikian? Allah telah menghukum sesetengah manusia kerana dosa-dosa nya dengan mematikan mereka sebelum tiba saat kematian mereka yang sebenar. Kemudian Dia akan menghidupkan dan menghantar mereka semula ke dunia supaya mereka memenuhi takdir mereka dan mematikan mereka selepas itu".*

*Al-Yashkari berkata:"Ini sungguh mengejutkan dan aku tidak dapat mempercayai nya."*

*Amirul Mukminin berkata:*
*"Berani kamu berkata sedemikian, tahu kah kamu yang Allah telah mengatakan di dalam kitab-Nya:* *"Wahai Musa, pilih lah 70 orang di kalangan kaum mu untuk perjumpaan kita nanti.* *"Jadi, beliau pergi bersama mereka supaya mereka menjadi saksi kepada nya apabila beliau kembali kepada kaum nya Bani Israel. Allah telah mengatakan kepada ku jika mereka mendengar dan mempercayainya (Musa a.s), sesungguhnya itu menguntungkan mereka.*
*Tetapi mereka berkata: "Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehinggalah kami melihat Allah dengan mata kasar kami." Allah berfirman {kemudian kilat meyambar mereka ketika kamu melihat nya, kemudian kami akan menghidupkan kamu kembali selepas kematian supaya kamu bersyukur.}*


*Tahu kah kamu yang mereka telah kembali ke rumah mereka selepas mereka mati"?.*

*Al- Yashkari: "Apa kah maksud Allah bila Dia berkata:" kemudian Dia mematikan mereka?."*

*Amirul Mukminin berkata: "Bukan kah Allah berkata: {Kami meliputi mereka dengan awan, dan Kami anugerahkan manna dan salwa kepada mereka} ini merupakan selepas kematian apabila Dia menghidupkan mereka kembali dan seperti mereka terdapat {orang dari Bani Israel} yang Allah berkata: "Tidak kah kamu melihat, ribuan mereka yang telah meninggalkan rumah kerana takut kan kematian.* *Kemudian Allah berkata kepada mereka:"mati" dan kemudian mereka mati dan kemudian Dia telah menghidupkan mereka semula.} Dan Allah berkata:{ atau ambik lah perumpamaan yang mana seseorang mewarisi ladang, semuanya musnah sehingga ke akar nya. Dia berkata:" Oh, bagaimana Allah akan menghidupkan nya semula selepas kemusnahan nya?" Tetapi Allah mematikannya selama seratus tahun dan kemudian menghidupkan nya semula. Dia(Allah) bertanya:" berapa lama kah kamu dalam keadaan tersebut?"* *Dia menjawab: ( mungkin ) sehari atau pun setengah hari." Dia (Allah) berkata:"Tidak, kamu berada dalam keadaan tersebut selama seratus tahun} jadi, jangan meragui kekuasaan dan keupayaan Allah".*

{Al-Bihar - vol.53, p.72.}

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]