User avatar
By Peja
#64080
Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam, Ya Allah, limpahkanlah solawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad Para Imam dan Para Mahdi.

Salah satu malaikat terbaik yang dicipta adalah malaikat utama Mikail (a.s) juga dikenali dengan nama Ahmad Murad.

Di dalam Islam terdapat 6 tunjang keimanan: Kepercayaan Kepada Tuhan, Yang Satu dan Yang Esa, Pencipta dan Penanggung Segala Yang Wujud, Kepercayaan Kepada Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan Qada’ dan Qadar.

*”Wahai orang-orang beriman!. Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia; dan batu(berhala); neraka itu dijaga; dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya; mereka tidak menderhaka kepada Allah di dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka; dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”.*

(Surah At-Tahrim, Ayat 6)

Mikail (a.s) adalah salah satu dari malaikat utama yang terbaik. Dia bertanggungjawab terhadap hujan dan tumbuh-tumbuhan. Dia mempunyai kedudukan yang tinggi dengan Tuhan dan dia dari kalangan malaikat yang paling dekat; dan mulia; dan dia adalah malaikat pelindung Bani Israil. Mikail (a.s) dihantar pada hari ini dan zaman ini oleh Ishaq, Yaakob, Daniel; dan lain-lain.

Al-Quran menyebut Ahmad Murad (a.s) yang mana merupakan Malaikat Utama Mikail (a.s) dan Allah memberi amaran kepada sesiapa yang menanam permusuhan kepadanya:

*”Barangsiapa yang menjadi musuh kepada Allah dan para malaikat-Nya; dan para Rasul-Nya; dan Jibrail; dan Mikail maka sesungguhnya, Allah adalah musuh kepada orang yang tidak beriman”.*

(Surah Al-Baqarah, Ayat 98)

Aba Mikail Ahmad Murad (a.s) adalah salah seorang dari 12 orang, setakat ini kita mengetahui kebanyakan dari penjelmaan semulanya, dia telah menjadi anak Adam (a.s), Habil (a.s), dia juga merupakan saudara seiman Musa (a.s), Harun (a.s). Dia merupakan sahabat setia Imam Ali (a.s), Salman Al-Farisi (a.s) dan sahabat kepercayaan yang disalib di sebelah keserupaan Isa (a.s). Kita juga mengetahui bahawa dia adalah dari 12 orang yang dirahmati dan Mahdi (a.s) yang suci.

Ketahuilah, Mikail (a.s) adalah sahabat dan pelindung para Nabi, Rasul; dan orang beriman; dan pemecah syaitan dari kalangan jin dan manusia. Adam (a.s) adalah yang pertama melakar imej Mikail (a.s) dan beliau (a.s) melakar Mikail (a.s) menikam Syaitan (l.a); dan itu adalah asal mula lukisan yang masyhur itu.

Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata: “Mikail (a.s) adalah anak kepada Muhammad SAW di alam roh, Mikail (a.s) adalah saudara kepada Maryam (a.s) dan Ahmad Al-Hassan (a.s) dia alam roh.

Aba Mikail adalah salah satu nama gelaran dari Imam Mahdi (a.s) sebagai “Pengumpul”. Mikail (a.s) adalah Pengumpul, dialah yang mengumpulkan 313 yang terpilih.

Jika Ahmad Murad (a.s) muncul kepada manusia atau jika manusia mendengar suaranya, setiap mukmin dan kafir akan berkata “aku mengenalinya” dan barangsiapa yang mendengar suaranya akan berkata, “aku pernah mendengar suaranya sebelum ini”. Dialah yang disebutkan oleh Imam Mahdi (a.s) sebagai: “Demi Allah, jika bukan kerana anda, kebenaran tidak akan tersingkap dan juga kebatilan tidak akan dimusnahkan”.

Mikail (a.s) berada di belakang tabir yang kukuh dan Maha Suci hanya pada Allah SWT. Dia adalah lelaki dan lelaki yang terbaik. Aba Mikail (a.s) adalah simpulan pada tali yang kukuh di mana tanpanya, para mukmin akan berada di dalam kekeliruan. Dan tanpanya, tiada berita akan didengari malah tiada pengetahuan yang akan muncul. Murad (a.s) adalah kehendak Allah SWT.

Allah telah menjadikan untuknya kasih- sayang di dalam hati manusia dan keberanian; dan kebijaksanaan; dan firasat; dan kecerdasan yang unggul. “Dia adalah masa dan bapaku adalah sahabat masa, dia adalah pedang; dan aku adalah sahabat pedang”.

Tidak akan berlalu masa melainkan dia hadir di dalamnya, mereka pernah bersama: Ibrahim (a.s), Isa (a.s), Musa (a.s), Nuh (a.s), Adam (a.s), Yusuf (a.s), Harun (a.s) dan Imam Hussein (a.s). Dia bersama kesemua orang. Dia adalah hamba Allah SWT yang tidak pernah terpisah daripadan-Nya, si sahabat Mikail (a.s), teman alim yang setia kepada para Nabi, Rasul dan yang benar.

Mikail (a.s) telah kembali dia di sini bersama kita dan dikalangan kita; dan dia kembali bersama Imam Hussein (a.s). Maka, kepada sesiapa yang mempunyai permusuhan terhadap Panji Hitam dan menyerang mereka; dan Ahmad Murad (a.s), berfikirlah dengan waras; dan renungkan kembali ayat-ayat Allah; dan takutlah kepada Allah sebelum Dia SWT menjadi musuh kamu; dan kamu akan kehilangan segalanya.

*“Jabar meriwayatkan dari Imam Muhammad Baqir (a.s): Imam (a.s) berkata, “Sebelum peperangan di Karbala, Imam Hussein (a.s) mengarahkan sahabat-sahabatnya dengan berkata, “Rasulullah SAW berkata kepadaku: “Wahai anakku!. Kamu akan menuju ke Iraq. Inilah tanahnya yang mana menyebabkan penderitaan yang hebat pada para nabi dan keturunannya. Tanah ini dikenali dengan “Amoora”. Kamu dan para pengikutmu akan syahid di sana. Para pengikutmu akan menjadi unggul di mana mereka tidak akan merasakan pedang atau lembing yang menikam badan mereka”. Kemudian Nabi Muhammad SAW membacakan ayat ini, “Kami berkata, “Wahai api!. Jadilah lembut dan tenang kepada Ibrahim”.*

(Surah Al-Anbiya, Ayat69)

*Selepas membacakan ayat ini, baginda SAW berkata: “Peperangan Karbala akan dipermudahkan kepada para pengikutmu sama seperti Allah SWT membuatkan api menjadi selesa untuk Ibrahim (a.s). Kemudian Imam Hussein (a.s) berkata; “Walaupun kami dibunuh dengan kejam oleh tangan mereka ini, tidak menjadi hal kepada kami kerana kami harus kembali kepada Rasul kami”.*

*Dia berkata lagi: “Kemudian aku tinggal selama yang dikehendaki Allah SWT, kemudian aku menjadi yang pertama bagi barangsiapa yang baginya bumi terbelah dan aku akan muncul, kemunculan yang merujuk kepada Amirul Mukminin; dan kebangkitan Al-Qaim, kemudian diturunkan kepadaku gerombolan dari syurga dari Tuhan, yang belum pernah diturunkan ke dunia sebelumnya; dan bersamaku akan dihantar Jibrail, Mikail, Israfil; dan tentera dari para malaikat”.*

(Mukhasar Basair Al-Darajat, ms.37)

Ini adalah sebahagian bukti kebenaran seruan suci Panji Hitam ini. Siapakah selain kita yang memberi khabar gembira tentang kemunculan semula Al-Hussein (a.s) dan bersamanya Malaikat utama Mikail pada hari; dan zaman ini?.

Solawat dan salam ke atas pemimpin kita Aba Abdillah Al-Hussein (a.s) dan air suci, Pengumpul, Ahmad Murad (a.s).

Aba Mikail Ahmad Murad (a.s) berkata di dalam ‘Paltalk’ pada 30 Disember 2015: “Di manakah anak sapi dan Samiri yang dilaknat, aku bersumpah kamu tidak dapat lena di malam hari. Aku bersumpah demi Allah kamu akan merasai azab dan sengsara; dan ini adalah janji Allah”.

Abi Abdillah (a.s) berkata: *”…dan sesungguhnya Al-Hussein (a.s) membaca lembaran yang diberi kepadanya; dan ianya diterangkan kepadanya apa yang akan berlaku; dan apa yang akan tinggal; dan di dalamnya tinggal beberapa perkara yang tidak terjadi. Maka dia pun keluar untuk berperang.*

*Dan perkara tersebut yang tinggal (dan tidak berlaku) adalah para Malaikat memohon kepada Allah SWT kebenaran bahawa mereka mungkin dapat memberikan kemenangan kepada Al-Hussein (a.s), maka Allah SWT mengizinkannya. Maka para Malaikat tinggal bersiap sedia untuk peperangan itu dan sudah bersedia untuknya, sehingga Al-Hussein dibunuh. Jadi ketika para Malaikat turun masanya telah berlalu dan dia telahpun dibunuh, semoga rahmat Allah bersamanya.*

*Maka Malaikat berkata: “Ya Allah, Kamu membenarkan kami turun ke dunia dan kamu mengizinkan kami memberikan kemenangan kepadanya. Maka kami turun, namun Kamu telah mengambilnya?”.*

*Maka Allah SWT berfirman kepada mereka: Tetaplah teguh/berpegang kepada Qubbatahnya(قبته)(Kubah?)* *SEHINGGA KAMU MELIHATNYA BANGKIT, kemudian berikanlah padanya kemenangan dan menangislah padanya; dan pada apa yang kamu terlepas dari memberinya kemenangan. Dan kamu telah dikhususkan dengan memberi kemenangan dan menangis terhadapnya. Maka para Malaikat menangis memohon didekatkan kepada Allah SWT dan meratap atas apa yang mereka terlepas dari memberi kemenanangan kepada Al-Hussein (a.s).*

*Maka apabila Al-Hussein (a.s) muncul, mereka adalah dari Ansarnya (pengikutnya).*

(Biharul Anwar oleh Al-Majlisi, Jilid 53, ms. 106; Mukhtasar Basair Al-Darajat, ms.178)

Pada akhir kesemua kenyataan lama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), kita mendapati: “Ahmad Al-Hassan, disokong oleh Jibrail, dikuatkan oleh Mikail, diberi kemenangan oleh Israfil, anak kepada satu sama lain dan Allah Maha mendengar lagi maha mengetahui”.

*Abu Muhammad Talakbari dari Ahmad bin Ali Raazi dari Muhammad bin Jaafar Asadi dari Saad bin Abdullah dari Musa bin Umar bin Yazid dari Ali bin Asbat dari Ali bin Abi Hamza dari Abu Basir dari Abu Jaafar Muhammad ibni Ali (a.s) berkenaan dengan kenyataan berikut dari Allah SWT: Katakanlah: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.*

(Surah Al-Mulk, Ayat 30)

Ayat ini mendedahkan tentang keimamahan. Ia menerangkan bahawa jika Imam kamu ghaib, sementara kamu tidak mengetahui di mana dia berada, siapakah yang akan memberikan kamu Imam yang nyata, siapa yang dapat membawakan berita syurga dan dunia; dan arahan; dan larangan Allah SWT?.

*Kemudian Imam (a.s) berkata: “Ketahuilah bahawa demi Allah, ayat ini belum lagi berlaku dan akan berlaku di masa akan datang”.*

(Ghaibah Al-Tusi, hadis 115)

Yang akan membawakan kepada kita Imam yang nyata adalah Ahmad Murad, malaikat utama Mikail (a.s).

Sheikh Mufid meriwayatkan di dalam Al-Amali dari Imam Sajjad (a.s):

*”Seolah-olah aku melihat para pengikutmu bergerak ke Najaf kembali dari Kufah di dalam 300 dan beberapa lelaki. Jibrail di kanannya dan Mikail di kirinya; dan Israfil di depannya”.*

Dan dari Imam Shodiq (a.s): *”Al-Qaim tidak akan muncul melainkan kitaran telah lengkap. Sepuluh ribu lelaki. Jibrail di kanannya dan Mikail di kirinya”.*

Abi Hamza Al-Thimali meriwayatkan: Aku mendengar Abu Jaafar Muhammad anak kepada Ali (a.s) berkata:

*”Jika Qaim dari keluarga Muhammad SAW muncul, Allah sesungguhnya akan memberinya kemenangan dengan para Malaikat yang disapu/ditanda, satu diikuti yang lain (atau mengikut kedudukan), diturunkan dan (alkarbayyin) Jibrail akan berada di hadapannya, Mikail di kanannya; dan Israfil di kirinya..”* [Sehingga beliau (a.s) berkata]

*”Khabar gembira kepada sesiapa yang menyedarinya/pergi kepadanya. Dan celaka dan celakalah kepada sesiapa yang menentangnya; dan sesiapa yang engkar pada perintahnya; dan sesiapa dari kalangan musuhnya”.* Kemudian Baginda (a.s) berkata: *”Beliau bangkit dengan urusan baru dan Sunnah yang baru; dan undang-undang baru, ia akan menyulitkan ke atas orang Arab. Urusannya adalah pembunuhan dan dia tidak akan meminta sesiapapun untuk taubatnya; dan dia tidak takutkan penyalahan sesiapapun [untuk apa yang dilakukannya] demi [kemuliaan] Allah SWT”.*

(Kitab Ghaibah-Muhammad ibn Ibrahim, Al-Nu’mani, ms.239)

Aba Mikail Ahmad Murad (a.s) berkata: “Kami mencabar seluruh dunia bahawa ini adalah gambar sebenar bapa (a.s)…

Gambar terbaru bapa (a.s) di dalam usianya yang terkini akan diterbitkan apabila diizinkan Allah SWT.

Kemudian akan berlaku pukulan kehancuran yang akan menyebabkan dunia terbalik.

Kamu akan diberitahu mengenainya dan bersedia untuknya sebelum kejadian besar ini berlaku”.

Akhir kata-kata Imam (a.s).

*”Pada masa itu Mikail, putera agung yang melindungi pengikut kamu, akan muncul. Akan terjadi keadaan yang tegang sepertinya belum pernah berlaku sejak awal permulaan umat manusia sehingga waktu itu. Namun pada ketika itu para pengikut kamu -setiap orang yang namanya disebut di dalam kitab- akan dihantar”.*

(Kitab Daniels 12: 1)

*{Dan mereka berkata, “Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya?. Padahal kalau Kami turunkan malaikat nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman), kemudian mereka diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).* *Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah kami jadikan ia berupa seorang laki-laki (supaya mereka dapat melihatnya). Dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad SAW)}*

[Surah Al-An’am, Ayat 8-9]

Semoga rahmat Allah ke atas Tuan kita Aba Mikail Ahmad Murad (a.s)
L- La Mère des Cités.

Salam, La jeune fille, mère du Fils de l’homme[…]

بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين […]

Ç- Prière (Çalat).

Salam, Diverses manières de prier. Ç- 2. Tou[…]