#63883
Kebangkitan semula dari kalangan yang telah wafat untuk bersama dengan Al-Qaim (a.s)

“Mereka menerima ilham suci dari Kerajaan Langit melalui rukyah dan mereka mengetahui perkara ghaib dengan izin Allah dan ada dikalangan mereka yang berada pada maqam kenabian dan setiap dari mereka berada pada maqam; dan tahap ketinggian masing-masing”. Perhatikan, “mengikut maqam dan tahap ketinggian atau kedekatan masing-masing dengan Allah SWT; dan ada dikalangan mereka adalah utusan dari Nabi-Nabi yang diutuskan, namun kesemua mereka berada pada satu tujuan, kerana Allah adalah satu (ESA), maka kebersamaan mereka adalah bukti kejujuran mereka; dan kejujuran orang-orang yang mengikut mereka. Dari itu, maqam dari kalangan yang naik ke langit; dan mencapai tahap kenabian, adalah dari kalangan 313, mereka adalah sahabat-sahabat Al-Qaim (a.s)”.

Perhatikan: mereka mencapai maqam kenabian maka Imam (a.s) menganugerahkan mereka maqam kenabian, ia tidaklah bermakna mereka adalah Utusan Allah dengan risalah, tidak, tapi mereka berada pada maqam kenabian melalui apa yang mereka capai dengan keimanan dan keyakinan, membolehkan mereka sampai ke Kerajaan Langit ke 7, sepertimana yang diucapkan oleh Imam (a.s), langit pertama, kemudian langit kedua, sehinggalah langit yang ke tujuh; dan ia adalah langit akal; dan ianya berada di dalam Kerajaan Langit; dan ini adalah petunjuk pertama yang menunjukkan bahawa Sahabat Al-Qaim (a.s) mempunyai maqam Kenabian, manakala petunjuk kedua ialah Para Nabi akan diutus semula ke dunia ini selepas kewafatan mereka, sekarang, bermakna tidak mustahil bahawa sahabat Al-Qaim (a.s) adalah dari kalangan nabi yang sebenar dari masa lalu; dan mereka diutuskan kembali ke dunia ini dengan tujuan untuk memenangkan Al-Qaim (a.s) keluarga Muhammad SAW.

Jadi di sini ada beberapa perkara yang harus kita pertimbangkan…

Pertama: kita mesti membuktikan bahawa kemunculan semula orang yang telah meninggal dunia sekali lagi ke dunia dan ini bukannya Kebangkitan pada Hari Pembalasan (Akhirat) atau Kebangkitan pada Alam Raja’ah, tapi ianya berlaku di dunia ini. Sekiranya ia dapat dibuktikan dengan Al-Quran dan Al-Hadis bahawa kebangkitan semula ini berlaku di dunia ini maka ia akan membawa kita untuk menyakini bahawa Para Nabi akan di bangkitkan semula ke dunia ini.

Sebagai contoh, dari Abi Himran Bin Ayon berkata: “Aku bertanya kepada Abi Jaafar Al-Baqir (a.s), apakah ada perkara yang berlaku kepada Bani Israil tapi tidak berlaku di sini (zaman ini)?”. Lalu Beliau (a.s) menjawab: “Tidak”. Lalu aku berkata: “Kalau begitu, jelaskan kepadaku tentang firman Allah ini: “Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad) tentang orang-orang yang keluar (melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedang mereka beribu-ribu ramainya?. Maka Allah berfirman kepada mereka: “Matilah kamu”, kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakkan manusia tidak bersyukur”.

(QS: Al-Baqarah 2: 243)

Jadi, ini membuktikan bahawa terdapat “Kebangkitan Semula” terhadap mereka-mereka yang dimatikan oleh Allah di dunia ini dan kemudian Allah membangkitkan mereka semula.

Perhatikan jawapan Imam Al-Baqir (a.s) ini, “Dia (Allah) mengembalikan semula mereka ke dunia ini dan mereka tinggal di rumah-rumah mereka, memakan makanan; dan berkahwin dengan wanita-wanita; dan mereka tinggal di dalam keadaan begitu selama yang Allah izinkan; dan kemudian mereka dimatikan”.

Imam Abi Abdullah (a.s) menyatakan bahawa kaum yang disebut di dalam ayat tersebut adalah satu kaum di Sham (Levant) dan jumlah mereka sebanyak 70,000 keluarga; dan berlaku wabak penyakit yang sentiasa menyerang mereka, satu atau dua kali setahun. Jadi mereka mengambil keputusan jika wabak itu datang lagi, mereka akan lari meninggalkan kota mereka. Apabila wabak itu datang mereka meninggalkan kota mereka dan mengelak dari wabak tersebut. Dengan kehendak Allah mereka merayau-rayau di bumi sehinggalah mereka tiba di sebuah kota yang telah musnah dan ditinggalkan oleh penduduk asalnya. Lalu mereka berhenti di situ. Dan apabila mereka meletakkan barang-barang mereka dan merasa yakin untuk menetap di situ, Allah berkata kepada mereka, “Matilah kamu”. Lalu mereka mati dengan serta-merta dan tubuh mereka membusuk. Imam (a.s) menyatakan mereka semua mati dan jasad mereka membusuk, bermakna membusuk; dan kemudiannya hancur menjadi debu. Kemudian seorang Nabi dari Bani Israil melalui kawasan tempat mereka dimatikan, bernama Nabi Hizqeel (a.s). Bermakna ia seorang Nabi yang diutuskan. Lalu apabila dia melihat tulang-tulang yang tinggal, ia menangis dan berdoa kepada Tuhan: “Wahai Tuhan, jika Engkau izinkan, Engkau hidupkanlah semula mereka pada ketika ini juga sepertimana Engkau matikan mereka dahulu, mereka memakmurkan bumi-Mu; dan melahirkan para penyembah-Mu; dan menyembah-Mu”. Lalu apabila Nabi Hizqeel (a.s) mengucapkan doanya, dia melihat tulang-tulang itu mula berterbangan ke arah satu sama lain dan mereka (kaum itu) kembali hidup semula. Mereka berpandangan sesama sendiri dan mengucapkan doa kepada Allah SWT dan men-yebut ‘Allahu Akbar’. Kemudian Nabi Hizqeel (a.s) berkata, “Aku bersaksi bahawa Allah SWT berkuasa melakukan apa sahaja”.

Dan ini adalah ayat Al-Quran dan tafsiran oleh Imam Ahlulbait Nabi Muhammad SAW.
L- La Mère des Cités.

Salam, La jeune fille, mère du Fils de l’homme[…]

بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين […]

Ç- Prière (Çalat).

Salam, Diverses manières de prier. Ç- 2. Tou[…]