#63850
Sesungguhnya Allah SWT akan menciptakan kembali Imam Hussein (a.s).

Saleh bin Sahl meriwayatkan yang Aba Abdullah (a.s) berkata mengenai ayat {kemudian Kami memberikan kepada kamu yang akan kembali menentang mereka} Beliau (a.s) berkata:

"Kembalinya Al-Hussein (a.s) di dalam raja'ah bersama 70 pengikutnya yang terbunuh bersama dengannya. Bersama dengan mereka adalah topi emas keputihan yang setiap topi itu akan mempunyai dua muka yang mana akan menggambarkan bukti kepada manusia tentang kembalinya Al-Hussein (a.s) bersama dengan pengikut beliau dan membuatkan orang yang beriman tidak akan ragu-ragu mengenai beliau; dan mereka akan mengetahui itu bukanlah dajjal atau pun syaitan, sementara itu Al-Qaim akan bersama dengan mereka. Dan sekiranya para pengikut mereka dapat menerima keadaan kedatangan semula Al-Hussein (a.s) di dalam hati mereka; dan kematian akan berlaku kepada Al-Hujjah (Imam Mahdi (a.s)). Jadi Al-Hussein (a.s) anak kepada Imam Ali (a.s) adalah orang yang akan memandikan, mengapankan, hunut dan mengebumikan beliau. Dan tiada siapa yang layak menggantikan khalifah Allah SWT melainkan tetap khalifah Allah SWT".
(Bihar Al-Anwar, Jilid 51, ms.56 )

Al-Muqaram meriwayatkan yang Imam Abu Jaafar Al-Baqir (a.s) telah berkata:

Sesungguhnya Al-Hussein (a.s) telah berkata kepada pengikut beliau: "Berita gembira untuk kamu wahai penghuni syurga, demi Allah kita akan berada di sana selama mana yang Allah SWT kehendaki setelah apa yang berlaku kepada kita, kemudian Allah SWT akan bangkitkan kita semua apabila Al-Qaim muncul. Jadi dia akan membalas dendam kepada pihak yang menindas dan kita semua akan menyaksikan mereka akan dirantai dan digari serta menerima pelbagai jenis hukuman".
(Maqtal Imam Al-Hussein (a.s) dicetak oleh Dar Al-Thaqafa, ms.215)

Burayd Al-Ijli meriwayatkan Abu Abdullah (a.s) berkata di dalam satu hadis yang panjang: "Sesungguhnya Allah SWT telah berjanji yang Al-Hussein (a.s) akan kembali ke dunia ini supaya dia akan membalas dendam kepada mereka yang melakukan tehadapnya (membunuhnya)".

Imam Al-Hussein (a.s) merupakan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s), juga merupakan Mahdi Pertama yang telah kembali di dunia ini bersama-sama dengan pengikut beliau.

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]