User avatar
By Peja
#63845
Dari satu sudut memang terdapat beberapa hadis-hadis yang menolak konsep reinkarnasi. Al-Majlisi sebagai contoh, mengumpul hadis-hadis yang menolak konsep reinkarnasi di dalam kitab Bihar Al-Anwar Jilid 2, Bab 5 “The invalidity of reincarnation(tanasukh)” (mukasurat 320).

Juga Kamal Al-Haydari menyatakan bahawa ulama sepakat bahawa konsep reinkarnasi (tanasukh) adalah tidak sah.

Akan tetapi dari sudut yang lain, banyak hadis-hadis yang menyokong konsep reinkarnasi. Berikut ini kami akan menyebut beberapa riwayat dari Ahlulbait Muhammad (a.s) untuk membuktikan fakta ini…

Hadis-hadis berkenaan reinkarnasi

Malah jika kita melihat di dalam Sahih Bukhari, kita akan menemui hadis-hadis yang merujuk berkenaan reinkarnasi:

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“… aku ingin sekali syahid di jalan Allah dan kemudiannya dibangkitkan semula dan kemudian syahid dan kemudian di bangkitkan kembali dan kemudian syahid dan kemudian dibangkitkan kembali … ” (Bukhari 4.54)

Dan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) memberitahu kita bahawa reinkarnasi adalah benar. Dan roh kita kembali ke dunia ini berkali-kali juga adalah benar.

Dan kita boleh mengetahui kebenaran tentang reinkarnasi dan pusingannya; dan jumlah pusingannya; dan tentang Hari Pembalasan (selepas mati); dan memasuki Syurga atau Neraka selepasnya, di dalam soal-jawab yang berlaku di antara Imam Ash-Shodiq (a.s) dan Mufaddhal bin Umar yang dikumpulkan di dalam kitab “Al-Haft Al-Sharif”.

Ia adalah kitab (manuscript) yang tersembunyi di dalam jangkamasa yang lama dan diterbitkan hanya pada tahun 1968 (oleh Mustapha Ghaleb).

Terjemahan versi Inggeris dari versi asal Arabnya dilakukan oleh Abdullah Hashem.

Dalam manuskrip ini, Imam Ash-Shodiq (a.s), datuk kepada Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menyebut beberapa bukti/dalil berkenaan reinkarnasi dari Al-Quran, Sunnah dan Hadis.

Bab (pintu/’door’) dari kitab atau manuskrip ini menceritakan tentang perbezaan jenis reinkarnasi, contohnya Maskh (reinkarnasi dari manusia kepada bentuk haiwan), juga tentang Naskh (reinkarnasi dari bentuk manusia kepada bentuk manusia).
L- La Mère des Cités.

Salam, La jeune fille, mère du Fils de l’homme[…]

بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين […]

Ç- Prière (Çalat).

Salam, Diverses manières de prier. Ç- 2. Tou[…]

M- Deux Messies.

Salam, L’Esprit Christ en Jésus. M-17. Jésus[…]