User avatar
By Peja
#64818
Penangguhan Al-Qaim

Kata-kata mereka tidak berbeza sama sekali dengan kata-kata datuk-moyang mereka. Tidakkah golongan munafik dari Kaum Nabi Nuh (a.s) berkata: “Jika Nuh adalah benar maka sudah pastilah tidak akan berlaku perubahan di dalam janjinya!!”.

Tidakkah Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata akan ada (berlaku) penangguhan/kelambatan kepada Al-Qaim?. Dan penangguhan ini telah ditakdirkan oleh Allah SWT seperti (serupa) dengan penangguhan yang berlaku kepada Nabi Nuh (a.s)?”.

Jadi, kenapakah penangguhan sepertimana penangguhan Nabi Nuh (a.s) khasnya?.

Bagaimanakah penangguhan Nabi Nuh (a.s) itu?.

Mari kita lihat hadis dan kita akan hanya memetik perenggan yang diperlukan kerana ia hadis yang panjang; dan kalian boleh merujuk kepada keseluruhan hadis di dalam Kitab Ghaibah Al-Tusi, mukasurat 167; dan juga Bihar al-Anwar oleh Al-Majlisi, Jilid 51, mukasurat 219.

Al-Mufaddal bin Umar meriwayatkan bahawa Abi Abdillah (a.s) berkata:

“Aku melihat pada pagi ini Kitab Al-Jifr yang mengandungi ilmu-ilmu tentang kemalangan dan kematian; dan ilmu tentang apa yang telah; dan akan berlaku sehingga ke hari Kebangkitan, yang mana Allah -Yang Maha Kudus- jadikan khas untuk Muhammad; dan Para Imam selepasnya (a.s); dan aku melihat di dalamnya berkenaan kelahiran Al-Qaim (a.s) kami; dan keghaibannya; dan penangguhannya; dan usia panjangnya…”.

Sehinggalah beliau (a.s) berkata:

“..Sesungguhnya Allah SWT menjadikan tiga perkara berlaku kepada Al-Qaim kami, yang mana ia (pernah) berlaku kepada tiga orang Rasul; Dia SWT menjadikan/mentakdirkan kelahirannya seperti (takdir) kelahiran Nabi Musa (a.s) dan Dia SWT mentakdirkan keghaibannya seperti keghaiban Nabi Isa (a.s); dan Dia SWT mentakdirkan penangguhannya seperti penangguhan Nabi Nuh (a.s)…”

Sehinggalah beliau (a.s) berkata:

“..berkenaan dengan penangguhan (yang berlaku) kepada Nabi Nuh (a.s), iaitu apabila Nuh memohon hukuman dari langit, Allah SWT mengutuskan kepadanya Malaikat Jibrail (a.s) dan Jibrail (a.s) membawa bersamanya tujuh biji benih (kurma). Lalu Jibrail (a.s) berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya Allah -Yang Maha Kudus- berfirman kepada kamu: Sesungguhnya semua ini adalah ciptaanKu dan hambaKu, Aku tidak akan membinasakan mereka dengan azab dari azab-azab-Ku, kecuali selepas pelaksanaan seruan dakwah; dan memberikan bukti, maka teruskan melaksanakan dakwah dengan lebih giat kepada kaummu, kerana sesungguhnya Aku akan memberikan ganjaran kepadamu untuknya; dan tanamlah benih ini, kerana kelegaan; dan keselamatan untukmu berada di dalam menanamnya; dan kesuburannya; dan kemunculan buahnya. Dan berikan berita gembira tentang pekara itu kepada orang-orang beriman yang menjadi pengikutmu”.

Maka apabila pohon itu mengeluarkan buah dan kuat (besar); dan cabang-cabangnya mengeluar buah, iaitu selepas beberapa lama, beliau (a.s) bertanya kepada Allah SWT tentang penggenapan masa (masa yang telah cukup), maka Allah SWT memerintahkan Nuh (a.s) untuk menyemai benih dari pohon itu; dan meneruskan kesabarannya; dan meneruskan seruan dakwah dengan lebih giat lagi; dan menekankan bukti-bukti kepada kaumnya.

Lalu Nuh (a.s) memberitahu kepada golongan yang beriman kepadanya, maka 300 lelaki menjadi murtad dan berkata: “Jika Nuh seorang yang benar maka tidak akan berlaku perubahan di dalam janjinya!!”.

*Kemudian Allah SWT terus memerintahkan Nuh (a.s) untuk menyemai benih (baru) setiap kali pohon itu sudah besar dan berbuah, masa demi masa berlalu sehinggalah ia (perkara ini) berlaku sebanyak tujuh kali. Dan pada setiap kejadian segolongan selepas yang lain akan murtad. Hanya tinggal tujuh puluh lebih orang yang tinggal (masih beriman). Lalu pada saat ini, Allah SWT mewahyukan kepada Nuh (a.s) dan berfirman: “Sekarang, pagi telah menghilangkan gelap (malam) dari matamu, apabila kebenaran telah menampak jelas yang murni dan urusan keimanan menjadi jelas dari kekotoran golongan murtad yang berasal dari tanah syaitan…” sehingga ke akhir hadis.

Barangsiapa yang menjadikan keimanannya sebagai keimanan bersyarat atau keimanan yang bergantung kepada perkara-perkara selain dari pekara-pekara yang Ahlulbait (a.s) tetapkan kepada kita berkenaan kaedah atau cara mengenali Al-Hujjah (a.s) dan barangsiapa yang tidak beriman dengan perkara-perkara ghaib, maka mereka pasti akan gagal sepertimana golongan-golongan sebelum mereka; dan keimanan mereka tidak berguna sedikit pun kepada mereka selepas mereka melihat hukuman yang akan menimpa mereka seperti yang dijanjikan oleh Imam (a.s) kita.

{Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari kejayaan yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?”

Katakanlah: “Pada hari kejayaan itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)

“Olehitu, janganlah engkau hiraukan mereka dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).”}

[Surah As-Sajdah: 28-30]

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]