User avatar
By Peja
#64754
*PENGORBANAN DIDUNIA*

Oleh _Emaan Al-zahra_

 

-  Ahad 21 Ogos, 2016
7:09 am

_Bismillah ar-Rahman ar-Rahimn_
_Alhamdulillah Rabbi Alamin_
_Allahumma Shalli Ala Muhammad Wa Aali Muhammad Al-Aimmah Wal Mahdiyyin Wasalamu Taslima Kasira_ 

_Asalamualaikum Wa Rahmtullah Wa Barakatuh_

Saudara dan Saudari
Ansar dan Ansariyyah

Dalam kuliah ini kita akan membicarakan tentang subjek bertajuk pengorbanan di dunia.

Kita mesti melakukan pengorbanan di dunia ini demi kerana Allah (swt)
 
*"Adakah manusia memikirkan bahawa mereka dibiarkan mengucapkan, "Kami Beriman" dan mereka tidak akan di uji?"*

*"Jalan ke Jannah (Syurga) adalah jalan yang menyakitkan namun sekejap, dan keuntungannya berkekalan."*

*“Katakan ( Wahai Muhammad): Sesungguhnya, Solatku, ibadatku (pengorbananku), hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian Alam (manusia, jin dan segala yang wujud)”*
(Surah al-An'am:162)

*“Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan kebaikan di akhirat dan selamatkan kami dari azab api neraka”*
(Surah al-Baqarah:201). 

Kepentingan mempunyai matlamat yang tinggi dan suci melebihi keselesaan fizikal dan pemilikan harta adalah pandangan seorang yang cerdik dan bijaksana. Hanya dengan tidak mempedulikan hidupnya dan kebendaan (material) seseorang itu boleh mencapai kejayaan.

Jika seseorang itu bermatlamat ingin mencapai tujuan kerohanian bagi manfaat jasadnya atau kehidupan dunianya atau untuk kemajuan kebendaannya maka ia adalah satu kegilaan kerana matlamat kerohanian menuntut pengorbanan, dan pengorbanan bermaksud tidak mempedulikan kehidupan dunia, dan adalah satu kegilaan untuk mengorbankan kehidupan demi kebendaan.

Bagi seseorang yang mempunyai rasa cinta dan kasih kepada Tuhannya dan Agamanya akan beroleh kejayaan, dengan mengorbankan kehidupan dunianya, kemasyhuran dan kekayaannya demi mengharapkan Allah (swt) akan membawanya mendekatkan dirinya kepada Allah (swt)

Mereka-mereka yang melihat dunia dari sudut kebendaan dan menginginkan sesuatu demi kepentingan kebendaan tidak akan dapat memahami pengorbanan yang di lakukan oleh Para Nabi, Pemimpin yang Soleh, Para Imam atau Manusia Agung yang mempunyai tujuan suci keagamaan dan tujuan-tujuan kerohanian (spiritual).

Adalah mungkin bagi seorang materialis (berfahaman kebendaan) akan melihat manusia-manusia yang sanggup mengorbankan dirinya demi tujuan kerohanian ini sebagai seorang legenda, mitos atau satu rekaan, dan mungkin melebelkan manusia-manusia agung ini sebagai seorang yang gila. Namun seseorang yang meletakkan perbandingan dengan sesuatu material yang tidak kekal atau harta yang dimiliki buat waktu yang singkat akan membawanya ke jalan buntu dan sia-sia. 

Nabi Isa (a.s) menderita berbagai kesulitan dan bertolak-ansur dengan celaan kaum Yahudi semata-mata kerana matlamat kerohanian, yang lebih akrab kepadanya melebihi dari kehidupan dunianya.

Imam Ali (a.s) tidur dikatil Nabi (sawas) pada malam Hijrah Nabi. Itu adalah satu pengorbanan agung sepanjang sejarah.

Pemimpin para syahid, Imam Husain (a.s) mewarnakan tanah Karbala dengan darahnya dan darah keluarga dan para sahabatnya, juga hasil dari ucapan cinta terhadap matlamat kerohanian. Dalam pandangannya kematian yang terhormat dan mulia adalah lebih baik dari kehidupan yang tercela. Falsafahnya (Imam Hussain a.s) adalah: Merahnya kematian adalah lebih baik dari hitamnya kehidupan.

Di dalam peperangan Naharawan, seorang remaja, atas kemahuannya sendiri, mengambil salinan al-Quran dari Amirul Mukminin (a.s) dan mara ke medan perang hanya untuk di cincang lumat oleh musuh, juga kerana cintanya kepada matlamatnya. Orang yang inginkan kebenaran harus mengalahkan kebatilan.

Nabi Muhammad (sawas) bersabda: 
*“Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.”*

Orang kafir tidak mempunyai sebarang sekatan dan halangan dan orang mukmin takut akan Tuhannya dan takut akan  akibatnya. 

*Ujian Agung Pengorbanan*
Kisah tentang Ujian Agung Nabi Ibrahim (a.s) adalah satu kisah yang amat menarik dan banyak pengajaran yang boleh di ambil darinya bagi mereka yang beriman dengan Nabi Ibrahim (a.s) dan mendakwa mengikuti ajarannya.
Bagi meringkaskan apa yang terjadi:

Nabi Ibrahim (a.s) berdoa kepada Allah (swt) agar menganugerahkan kepadanya anak lelaki. Allah (swt) menunaikan keinginan Nabi Ibrahim (as) dengan menganugerahkan kepadanya NabiIsmail (a.s) ketika dia (Nabi Ibrahim a.s) sudah berumur tersangat tua.

*"Wahai Tuhan! Kurniakan kepadaku seorang anak yang soleh. Lalu Kami berikan kepadanya berita gembira bahawa ia akan memperolehi seorang anak."*
(Surah as-Saffat:100-101)

Apabila anak itu berusia 13 tahun, Allah (swt) mengarahkan Nabi Ibrahim (a.s) melalui mimpinya supaya mengorbankan Nabi Ismail (as) demi untuk-Nya.

*" Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?"*
(Surah as-Saffat:102)

Kerana ia adalah perintah dari Allah (swt), anak yang soleh (Nabi Ismail a.s) memberi dorongan kepada ayahnya yang sudah tua itu menjalankan tugasnya.

*" Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar."*
(Surah as-Saffat:102)

Nabi Ibrahim (a.s) keluar bersama anaknya Nabi Ismail (a.s) menuju ke tempat korban. Ia sudah pasti bukan satu tugas mudah!

Di perjalanan, Syaitan muncul dalam bentuk seorang lelaki tua yang menasihati. Dia cuba menghalang Nabi Ibrahim (a.s) dari melakukan pengorbanan, namun kerana iman yang kukuh kepada Allah (swt), kesungguhan Nabi Ibrahim (a.s) untuk menunaikan perintah Penciptanya tidak tergoncang sedikit pun.

Syaitan kemudianya mencuba menggoda Nabi Ismail (a.s) yang masih seorang budak dan cuba memujuknya melarikan diri dari nasib malangnya itu.

Hasil dari doa Sang Ayahnya, Nabi Ismail (a.s) adalah seorang anak yang soleh dan dia juga, seperti ayahnya tidak terpengaruh oleh pujukan syaitan.

Kedua-duanya, sang ayah dan anak menghalau syaitan pergi. Kemudian mereka tiba di tempat korban iaitu di Mina.
Nabi Ibrahim (a.s) mengikat tangan dan kaki anaknya supaya dia tidak menggelepar kerana kesakitan akibat sembelihannya nanti. Dia menutup matanya sendiri dengan kain dan mengeluarkan pisau bagi menjalankan perintah Allah (swt).

Apabila Nabi Ibrahim (a.s) membuka penutup matanya, dia melihat Nabi Ismail (a.s) berada disebelahnya dan tempatnya digantikan dengan biri-biri yang telah disembelih.

Nabi Ibrahim (a.s) bergetar ketakutan kalau-kalau Allah (swt) menolak pengorbanannya. Tiba-tiba dia mendengar suara yang yang melegakan:

*"Kami menyeru kepadanya: Wahai Ibrahim! Kamu telah menyempurnakan apa yang kamu lihat didalam mimpimu! Seungguhnya Kami memberi ganjaran kepada orang yang soleh. Ini sesungguhnya satu ujian yang nyata. Kemudian kami menebusnya dengan satu pengorbanan yang agung, dan Kami kekalkan (rahmat ini) ke atasnya dikalangan generasi yang datang kemudian: Salam sejahtera kepada Ibrahim."*
(Surah as-Saffat:104-109)

Pengajaran dari Ujian Agung Pengorbanan:

Satu pekara yang Hujjaj (penziarah haji) lakukan pada10hb Dzul-Hijjah, dan umat islam diseluruh dunia adalah:

Menyembelih seekor kambing atau biri-biri atau unta sebagai memperingati pengorbanan agung Nabi Ibrahim (a.s).

Perbuatan ini bukan hanya semata-mata satu ritual akan tetapi ia mempunyai maksud dan erti yang penting. 

Allah (swt) menyatakannya dengan jelas:

*"Oleh itu Kami mudahkan ia (haiwan) untuk manfaat kamu supaya kamu bersyukur."*
(Surah al-Hajj:36)

Kemudian Allah (swt) menambah:

*"Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya."*
(Surah al-Hajj:37)

Allah (swt) mahu melatih kita supaya mengikuti jejak langkah Nabi Ibrahim (a.s) yang sanggup "menawarkan" kepada Allah (swt) miliknya yang paling disayanginya iaitu dalam "bentuk" anaknya iaitu Nabi Ismail (a.s).

Allah (swt) tidak menginginkan Nabi Ismail (a.s) dikorbankan, akan tetapi Allah (swt) mengkehendaki supaya Nabi Ibrahim (a.s) menunjukkan kesanggupannya mengorbankan Nabi Ismail (a.s), yang mana beliau (a.s) lakukan dengan penuh kesungguhan.
T- La Table Servie.

Salam, Sur une Table. T-16. Cela s’est pass[…]

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]