User avatar
By Peja
#64081
Baghdad Di Akhir Zaman

​Aku ingin mengingatkan penyokong Ofis Najaf yang begitu bersemangat menyeru kepada “berdiri dan mempertahankan bumi Iraq”, yang nampaknya satu-satunya negara yang nasibnya berada di dalam minda Imam ‘facebook’, tentang PETIKAN PENTING dari “the letter of guidance” oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s):

Di dalamnya Imam MENYATAKAN DENGAN JELAS, BAHAWA IRAQ DI AKHIR ZAMAN ADALAH BUMI YANG DILAKNAT YANG DIHUKUM KERANA DOSA-DOSANYA.

Di dalam “The Letter of Guidance” Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata:

*”Di jalan-jalan Babylon, darah Para Nabi, Para Aulia dan mereka-mereka terbunuh di bumi di temui”.* (Book of Revelation 18: 1~24.)
Dan Babylon adalah merujuk kepada Iraq, kerana Babylon adalah ibu negara Iraq pada waktu itu. Jadi kesemua penyembelihan dan huru-hara yang berlaku di Iraq; dan di bumi Iraq.

Dan kemusnahan Baghdad telah disebut oleh mereka (a.s) dengan panji-panji yang datang ke Baghdad dari negara-negara serata dunia dan dengan huru-hara.

Imam Ash-Shodiq (a.s) berkata berkenaan Iraq,

*”… di dalam laknat Allah dan kemurkaan-Nya, huru-hara memusnahkan Baghdad; dan menjadikan (seperti) binatang yang lemah. Celakalah ke atasnya dan umat yang berada di dalamnya. Kesemua kecelakaannya datang dari panji-panji kuning dan panji-panji dari barat; dan panji-panji (itu) bergerak dari dekat; dan dari jauh”.*

Aku bersumpah dengan nama Allah, Dia akan mengirimkan kepada mereka seksaan sepertimana yang telah dihantar sebelumnya kepada umat yang derhaka di awal masa sehingga ke akhirnya. Dan Dia akan mengirim seksaan kepadanya yang mana tidak pernah disaksikan oleh mata dan didengar oleh telinga. Dan darah (yang tertumpah) rakyatnya adalah tidak dari selainnya kecuali (dari) pedang. Dan celakalah kepada sesiapa yang membina rumah (di buminya) dan penghuni terus tinggal di dalamnya dengan penderitaannya; dan orang yang pergi meninggalkannya adalah dengan rahmat Allah.

Aku bersumpah dengan nama Allah, rakyatnya akan begitu teramat terikat (terlibat) dengan dunia sehingga dikatakan (menjadi sebutan), “Baghdad adalah dunia. Rumah-rumah dan istana-istananya adalah syurga. Gadis-gadis adalah yang tercantik dan pemuda-pemudanya adalah yang terbaik”. Adalah menjadi kepercayaan bahawa Allah tidak membahagikan rezeki (makanan) kepada orang beriman kecuali melalui Baghdad. Di Baghdad akan muncul pendustaan terhadap Allah dan Para Utusan-Nya (a.s) dan diperintah (mengikut hukum) selain dari Kitab-Nya, kesaksian-kesaksian palsu, pemabukkan, rasuah, pencurian; dan pertumpahan darah yang mana melebihi dari semua yang berlaku di dunia. Kemudian Allah akan menghancurkannya dengan huru-hara dan panji-panji, hingga setiap orang yang melaluinya akan berkata: “Di sinilah dulunya Baghdad pernah wujud”.

Salam, Des bannières pour tous les peuples. […]

Q- Le Mahdi dans le Coran.

Salam, Le Qoraychi. Q-27. Nous avons vu que[…]

M- Deux Messies.

Salam, Qoraych. M-14. Mahdi est Korèsh (Qora[…]